Categories
SELANGOR

RM41 juta kompaun tertunggak, MPAJ tawar diskaun

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Sebanyak RM41 juta tunggakan kompaun melibatkan 738,449 kompaun kesalahan jalan raya yang masih belum dijelaskan pemilik kenderaan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak 13 tahun lalu.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain berkata, tunggakan itu bagi tempoh 2003 hingga 2016.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,700 pemilik kereta mempunyai tunggakan melebihi 50 kompaun bagi setiap kenderaan yang keseluruhannya berjumlah RM8.5 juta.

“Oleh itu, MPAJ melaksanakan kempen pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta bermula 1 Februari lalu hingga 31 Mei ini,” Lapor Sinar Harian.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussainKatanya, kempen itu bagi memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai kompaun tertunggak untuk melangsaikan sebelum tindakan tegas diambil.

“Pengurangan sebanyak RM30 diberikan kepada kompaun tertunggak, manakala RM10 bagi kompaun yang kurang daripada 14 hari daripada tarikh dikeluarkan.

“Pemilik kenderaan digesa menyelesaikan kompaun dalam tempoh kempen sebelum tindakan lanjut diambil seperti operasi tunda serta kunci tayar ke atas kenderaan yang masih berdegil menyelesaikan kompaun,” katanya.

-nR-