Categories
SELANGOR

MPAJ didik komuniti hargai alam sekitar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 JUN : Pendekatan bebas polisterina dan plastik dilaksanakan Kerajaan Negeri di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendidik masyarakat awam untuk lebih prihatin terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussein berkata, keberkesanan itu sekali gus mampu menjadikan perbandaran bebas daripada pengunaan plastik dalam kalangan komuniti setempat.

“Selaras dengan pelaksanaan kempen ini, PBT Selangor meletakkan syarat permohonan lesen peniagaan untuk tidak membenarkan beg plastik dibekalkan secara percuma manakala penggunaan polisterina adalah dilarang sama sekali.

IMG_9722“MPAJ kini juga menyokong agenda itu dengan mengambil pendekatan mendidik dan memberi kesedaran kepada peniagan dan orang ramai terhadap isu alam sekitar secara berperingkat menerusi program Bazar Ramadan Mampan tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi pelaksanaan program itu katanya, Tapak Bazar Ramadan Pandan Indah dipilih sebagai lokasi program yang diadakan sejak awal Ramadan lalu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, MPAJ kini giat melaksanakan pelbagai kempen hijau di perbadanrannya sebagai menyokong agenda perbandaran hijau di negeri ini.

IMG_9733Antara inisiatif dilaksanakan termasuklah Program Karnival Jelajah Kepenggunaan dan Kitar Semula yang dianjurkan bagi memberi peluang dan ruang kepada usahawa kecil untuk mempromosikan produk dan pelaksanaan kempen hijau.

“MPAJ juga melaksanakan kempen kitar semula minyak masak yang dijalankan kontraktor untuk dijadikan biodiesel.

“MPAJ juga dipilih menjadi rakan kongsi bersama MARDI bagi pelancaran kempen My Save Food Malaysia untuk mencegah pembaziran makanan,” katanya.

Categories
SELANGOR

MPAJ – komuniti bangun perbandaran bersama

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendukung pendekatan dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan dasar ‘Citizen Enggagement’ dalam komunitinya.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussein berkata, pembaikan inisiatif itu dilaksanakan menerusi penganjuran program komuniti bagi mendapatkan sebarang maklumbalas setempat.

“Program-program mendekatkan Pihak Majlis dan masyarakat diaturkan sepanjang tahun antaranya program berbasikal, program bersama pelajar, aktiviti gotong royong, majlis dialog, program pembasmian denggi dan banyak lagi.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussain“Tidak ketinggalan turut diadakan program fokus yang memberi tumpuan terhadap penerangan kursus kepada penduduk kawasan rumah bertingkat terhadap isu-isu berbangkit,” katanya dalam kenyataan kepada SelangorKini.

Dalam perkembangan sama katanya, pelaksanaan itu turut mendapat maklumbalas positif masyarakat ke arah pembaikan pengurusan perbandaran MPAJ.

“Maklumbalas positif ini akan diterjemahkan menerusi pelan tindakan dan perancangan jangka panjang MPAJ untuk kekal membangunkan perbandaran ini,” katanya.

Terdahulu, ‘Citizen Enggagement’ antara komponen dibangunkan dalam pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat yang memberi tumpuan terhadap pelaksanaan kebajikan masyarakat bandar dan pinggir bandar seluruh negeri.

Tumpuannya turut menekankan kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani.

Ia dilaksanakan sebagai sebahagian agenda Smart Selangor bagi merealisasikan Selangor sebagai negeri pintar, menjelang 2025.

Categories
SELANGOR

MPAJ lantik konsultan, kaji inisiatif cegah banjir

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 26 APR : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melantik kontraktor bertauliah bagi mengkaji sebarang pelan perancangan menangani masalah banjir di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Abdul Hamid Hussein berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira lanjutan permasalahan perparitan penyebab berlakunya masalah banjir, baru-baru ini.

“MPAJ mempunyai perancangan menaik taraf sistem perparitan tetapi oleh kerana perparitan sudah terlalu lama, jadi ia perlukan pembaikan secara menyeluruh dan menelan belanja sangat tinggi.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussain“Sebagai perancangan awal, MPAJ melantik konsultan awal untuk mengemukakan sebarang cadangan penyelesaian isu banjir di kawasan berpotensi banjir,” katanya kepada pemberita.

Untuk rekod, sudah kali kedua kejadian banjir dan runtuhan tanah berlaku di kawasan pentadbiran MPAJ membabitkan penempatan sama di Bukit Teratai, Pandan Indah dan Lembah Maju sejak Januari lalu.

Bagaimanapun MPAJ sebelum ini menjalankan pelbagai inisiatif dan pelan pembangunan sebagai kaedah jangka panjang bagi menyelesaikan permasalahan banjir setempat.

Ini termasuklah kerja pelebaran sistem perparitan dan proses mendalamkan sungai utama di sekitar Ampang sebagai alternatif mengelakkan kejadian banjir berulang.

Malah, MPAJ sebelum ini memaklumkan, pihaknya sudah membelanjakan kos melebihi RM27 juta bagi kerja penyelenggaraan dan pelebaran parit di kawasan pentadbirannya.

Abdul Hamid berkata, walaupun perbelanjaan sudah dikeluarkan, namun keupayaan MPAJ meneruskan projek terbabit adalah terhad.

“Kita tidak mampu membaiki kesemua sistem perparitan secara serentak kerana ia menelan belanja tinggi.

“Tetapi kita akan terus membaiki perparitan sedia ada supaya dapat menampung faktor penambahan hujan kini,” katanya.