Categories
SUKANKINI

Adam Abdullah sertai Kursus Pro Diploma A Indonesia

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 JAN: Penolong Ketua Jurulatih PKNS FC, Adam Abdullah menyertai Kursus AFC Pro Diploma melalui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bermula pada April tahun lalu sehingga Mei ini.

Beliau menyertai 18 jurulatih kelab di Indonesia, antaranya Rachmad Darmawan (Mitra Kukar), Djajang Nurdjaman (PSMS Medan) dan Widodo Cahyono Putro (Bali United) serta peserta dari negara lain.

PKNS FC dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan, penyertaan Adam di kursus itu adalah sebagai persiapan untuk masa depan PKNS FC dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mewajibkan setiap jurulatih mempunyai lesen Pro A.

Peserta kursus diploma itu perlu menghadiri lapan modul termasuk kecergasan, mental, analisi taktikal dan ujian.

Ketika ini, Adam dan peserta sedang menjalani ‘attachment’ di kelab Deportivo Alaves yang menduduki tangga kelima di La Liga, Sepanyol.

Kredit Foto: PKNS FC

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Semut Merah yakin bangkit mencabar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 JULAI: Gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir, bukan penamat bagi PKNS FC yang berazam untuk bangkit dalam baki perlawanan liga dan Piala Malaysia.

Dengan tindakan pengurusan melantik Adam Abdullah selaku Pemangku Ketua Jurulatih, skuad Semut Merah tetap optimis mereka mampu meningkatkan persembahan sekiranya terus memantapkan pasukan tambahan dengan kehadiran tiga import baru, Park Kwang-il, Abdou Jammeh dan Fabio Farreira.

PKNS FC“PKNS FC adalah kecil seperti semut api. Tapi bila bangkit bersatu bersama, boleh menumpaskan lawan yang besar.

“Perjalanan Liga Super dan Piala Malaysia masih jauh. PKNS FC mampu lakukan yang terbaik,” begitu kenyataan pasukan berkenaan.

Selepas Aidilfitri, PKNS FC memulakan saingan Liga Super dengan catatan seri berdepan Melaka United (1 – 1) serta dua kekalahan bertemu Perak (0 – 3) dan Felda United (1 – 2) dalam Piala Malaysia, Julai ini.

Maka pertemuan menentang Pulau Pinang, di gelanggang lawan, esok, dalam saingan liga, pasti digunakan sepenuhnya Adam bagi memburu kemenangan dan mengelak berada dalam zon penyingkiran.

Semut Merah kini menduduki tangga ke sepuluh dengan 12 mata hasil dua kemenangan, enam seri dan enam kalah.

Adam yang mengendalikan pasukan kali pertama ketika menentang Felda United, menjelaskan terdapat peningkatan mutu permainan selepas beberapa perubahan dilakukan terhadap pasukan.

PKNS FC“Saya ada buat perubahan tiga posisi pemain di mana tiga pemain ini telah menunjukkan mutu permainan yang tinggi dan ini memberi idea yang baik untuk saya merangka persiapan menghadapi Pulau Pinang.

“Kita akan fokus pada pertemuan berdepan Pulau Pinang dalam liga dan saya harap pemain dapat cukup rehat kerana Pulaua Pinang tidak bermain dalam Piala Malaysia. Mereka ada masa rehat yang cukup,” katanya tidak mengecilkan cabaran Harimau Kumbang.