Categories
ADN SELANGOR

Penduduk DUN Taman Templer terima bantuan barang keperluan asas

SHAH ALAM, 9 APRIL: Sebanyak 1,500 pek barang keperluan asas diagihkan kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Taman Templer yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, kata ahli dewan negerinya.

Mohd Sany Hamzan berkata inisiatif melalui Pakej Rangsangan Ziarah Kasih Prihatin Covid-19 menyasarkan warga emas, asnaf anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) serta individu bekerja sendiri.

“Kita sedar ada dalam kalangan penduduk yang terputus bekalan makanan khususnya mereka yang bekerja sendiri dan mengharapkan gaji harian.

“Oleh itu, kita menggerakkan pegawai pusat khidmat masyarakat, ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) termasuk pengerusi taman serta Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk menyalurkan maklumat tentang keperluan masyarakat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat khususnya di kawasan berkenaan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dalam usaha memerangi penularan Covid-19.

“Saya percaya apa sahaja perkara yang dilakukan oleh kerajaan terutama untuk memutuskan rantaian wabak ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya.

APA DAH JADI – Bukit Botak terus menjadi isu

Isu Bukit Botak bukan lagi isu asing di Selangor. Projek pembinaan perumahan yang diambil-alih oleh kerajaan negeri (Pakatan) kerana kegagalan pemerintah terdahulu (BN) ini telah siap sepenuhnya namun, kini isu pembeli pula yang gagal untuk mendapatkan pinjaman kewangan dari pihak bank tempatan.

Untuk liputan penuh layari http://www.selangorku.com