Categories
ADN SELANGOR

Larangan kenderaan berat atasi kesesakan di Taman Templer Rawang

SELAYANG, 24 OGOS: Kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku sekitar Taman Templer Rawang menemui jalan penyelesaian apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak mewartakan larangan kenderaan berat pada waktu puncak, berkuatkuasa 14 Ogos lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzan berkata, ia membabitkan jarak sejauh lapan kilometer bermula dari Caltex Selayang Pandang sehingga ke Rawang Bypass dari 6.30 hingga 9.30 pagi dan dan 3.30 petang hingga 7 malam pada hari bekerja.

Katanya, larangan berkenaan membabitkan kenderaan berat dengan muatan lima tan ke atas di lorong dua hala yang dikenalpasti menjadi antara punca gangguan trafik di kawasan terbabit.

“Larangan ini adalah mekanisme jangka pendek yang dirasakan sesuai bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

“Di kawasan itu, kenderaan berat menjadi perlahan ketika melalui jalan berbukit dan jalan di bawah akan berlaku kesesakan, manakala kenderaan lain bergerak ke arah yang sangat perlahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Sany berkata, sebelum ini pihaknya sering membawa isu berkenaan ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk berbincang dan mencari pendekatan terbaik bagi mengatasinya.

“Di peringkat persekutuan, Ahli Parlimen Selayang, William Leong sudah banyak kali menyebut soal ini untuk kita memohon peruntukan daripada kerajaan bagi tujuan melebarkan jalan dari Selayang hingga ke Rawang.

“Malah, saya dan ADN Rawang, Chua Wei Kiat sering membawa persoalan berkaitan pelebaran jalan di Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) selain disusuli lawatan EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim dua minggu lalu untuk melihat keadaan jalan.

“Kita sangat berharap kerajaan persekutuan dan JKR dapat meluluskan segera peruntukan untuk kerja-kerja melebarkan jalan ini daripada dua kepada tiga lorong,” katanya.

Difahamkan, JKR Gombak akan memasang papan tanda peringatan dalam tempoh terdekat dan mengedarkan pemakluman penguatkuasaan larangan kepada agensi-agensi berkaitan.

Categories
SELANGOR

Capai persefahaman selesai kemelut 12 tahun

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 DIS : Penantian 19 penduduk DUN Taman Templer berhubung status milikan Pangsapuri Topaz yang tertangguh sejak 12 tahun lalu terjawab selepas pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara penduduk dan Syarikat SSL Capital Sdn Bhd dibuat, 28 Disember lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Zaidy Abdul berkata, penduduk bersetuju menerima sejumlah wang saguhati bagi mengurangkan bebanan mereka menyewa kediaman sementara mendapat tawaran kediaman baru, Rumah Selangorku.

“Selepas persetujuan harmoni ini dicapai di antara kedua-dua pihak, maka selepas ini tiada lagi sebarang tuntutan daripada penduduk mahupun SSL,” katanya dalam kenyataan.

1235Sebelumnya, penduduk terbabit yang juga penghuni Pangsapuri Transit Nilam merupakan penduduk setinggal Bukit Botak Selayang Baru yang diarah berpindah selepas menerima tawaran rumah kos rendah, Pangsapuri Topaz pada 2004.

Bagaimanapun, syarikat pemaju terdahulu, Delpuri Corporation Sdn Bhd gagal menyiapkan projek perumahan terbabit serta diisytihar muflis dan tidak diketahui status pemaju baru yang bakal mengambil alih projek berkenaan.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan notis mengarahkan penduduk mengosongkan pangsapuri dalam tempoh 14 hari selepas pengambilalihan pemaju baru, Syarikat SSL Capital Sdn Bhd dilantik.

Prihatin terhadap masalah tersebut, Zaidy juga Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani mengadakan perbincangan bersama syarikat pemaju, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG).

Bahkan, perbincangan bersama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut dibuat bagi membincangkan sebarang penyelesaian berhubung masalah itu.

“Perbincangan dibuat dan agensi terbabit bersetuju untuk memberi keutamaan kepada 19 penduduk mengikut spkesifkasi yang ditetapkan Kerajaan Negeri untuk penawaran Rumah Selangorku,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

400 kaum India terima baucer RM100 sempena Deepavali

OLEH SYASYA SUFIAN

SELAYANG, 16 OKT: Seramai 400 penduduk DUN Taman Templer menerima baucer Jom Shopping Deepavali, di Pasaraya Mydin Selayang, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, program itu dilaksanakan menjelang perayaan Deepavali yang merupakan kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Setiap keluargayang layak akan menerima baucer sejumlah RM100.

“Walaupun permohonan adalah ramai tetapi kita agihkan mengikut program kerana ada pemohon yang telah menerima bantuan bulanan foodstamp, jadi kita utamakan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bantuan,” katanya kepada Selangor Kini.

img_3094Zaidy berkata, cadangan untuk penambahan ahli menerima bantuan ini masih dalam perancangan ekoran permintaan tinggi.

“Kita tahu nilai vaucher RM100 itu tidak mencukupi untuk seisi keluarga, namun saya merasakan menambah bilangan ahli kepada 700 penerima adalah lebih baik.

“Walaupun kaum India di DUN saya tidak seramai kaum Cina dan Melayu, tetapi dengan bantuan sebegini mereka juga sedar bahawa mereka turut diberi perhatian oleh kerajaan negeri,” katanya

-nR-