Categories
AGENDA NASIONAL

MetMalaysia: Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hari ini di seluruh Kelantan dan Terengganu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Terengganu ia melibatkan kawasan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di seluruh Perlis, Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling manakala di Perak meliputi Hulu Perak.

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan untuk Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Terengganu meliputi Kemaman, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Sabah

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang pada hari ini, manakala amaran sama di Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.

-BERNAMA