Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan berterusan diramal di beberapa negeri hingga Sabtu

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang,” menurut kenyataan itu.

Sementara di Johor kawasan terlibat ialah daerah Segamat, Kluang dan Mersing.

-BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Selangor diramal kembali hujan hingga 1 Februari

SHAH ALAM, 26 JAN: Setelah dilanda cuaca panas berlarutan, Selangor diramal mengalami hujan ribut petir bermula esok (27 Januari) sehingga 1 Februari ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Melalui portalnya, keadaan itu dijangka berlaku di Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan mendung dan ribut petir berlaku bermula pada waktu pagi di beberapa lokasi.

Orang ramai boleh melayari laman web www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada : 06:40am pada 11 November 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datoh),

Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Putrajaya,

N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka dan Johor (Daerah Tangkak , Muar, Batu Pahat dan Pontian) dijangka berterusan sehingga pagi, Sabtu 11 November 2017.

 

SUMBER: MET MALAYSIA