Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan baharu Covid-19 catat 6,210 kes

SHAH ALAM, 21 OKT: Sebanyak 6,210 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, meningkat sedikit berbanding 5,516 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,413,592 kes setakat ini.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebanyak 145,258 saringan Covid-19 dilakukan ke atas individu, dengan kadar positif adalah 4.28 peratus.

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan bawah paras 10,000, tiga negeri lepasi 1,000 kes

SHAH ALAM, 8 OKT: Sebanyak 9,751 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di seluruh negara hari ini, menurun sedikit berbanding 9,890 semalam.

Data dikongsi ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor naik sedikit kepada 1,796 kes berbanding 1,402 semalam.

Dua lagi negeri mencatat paras 1,000 iaitu Sarawak dengan 1,339 kes diikuti Kelantan (1,052).

Angka bagi negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Johor – 864
Sabah – 705
Terengganu – 650
Perak – 643
Pulau Pinang – 632
Kedah – 578
Pahang – 551
Kuala Lumpur – 313
Melaka – 244
Negeri Sembilan – 243

Perlis – 94
Putrajaya – 45
Labuan – 2

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian catat 13,104 kes, Selangor kembali turun paras 1,500

SHAH ALAM, 26 SEPT: Jumlah jangkitan harian Covid-19 tidak menunjukkan penurunan ketara dengan 13,104 kes dicatat hari ini berbanding 13,899 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan baharu di Selangor kembali turun kepada 1,558 kes berbanding 2,341 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,943 kes, meningkat sedikit berbanding 2,712 kes semalam.

Selain itu, tiga negeri mencatat jumlah jangkitan harian empat angka tetapi bawah paras 2,000 kes iaitu Johor dengan 1,455, Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perak – 994
Pulau Pinang – 955
Kedah – 721
Terengganu – 685
Pahang – 604
Melaka – 362
Kuala Lumpur – 270
Negeri Sembilan – 165

Perlis – 80
Putrajaya – 24

Labuan – 4

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

41 lagi dijangkiti Covid-19, kebanyakan jemaah tabligh

SHAH ALAM, 14 MAC: Sebanyak 41 kes baharu positif Covid-19 dikesan sehingga petang ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 238 kes hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi kenyataan di Twitter berkata sebahagian besar kes baharu itu berkait dengan kluster perhimpunan keagamaan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

“Orang ramai diseru tidak menyertai perhimpunan awam lebih 50 orang bagi mengelak penularan wabak itu. Ini cara terbaik untuk mengawal Covid-19 menjadi lebih serius.

“Kementerian menjangka lebih ramai lagi dikesan positif virus itu ekoran perhimpunan tabligh di Seri Petaling,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, KKM memaklumkan 35 individu yang dirawat telah sembuh.

“Seramai 203 kes masih dirawat di wad, dengan lima daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan antiviral,” jelas kenyataan itu.

Pada 12 Mac, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang warga emas yang menyertai perhimpunan itu dijangkiti Covid-19.

Perhimpunan pada 28 Februari hingga 1 Mac itu dihadiri lebih 10,000 orang dari seluruh negara.

Berikutan itu KKM menggesa jemaah tabligh tampil membuat saringan kesihatan di 57 hospital kerajaan atau mana-mana hospital swasta yang mempunyai kemudahan saringan penyakit berkenaan.