Categories
NASIONAL

NGO : Ambil Tindakan Terhadap Orang Yang Hina Pemimpin Pakatan


SHAH ALAM, 8 SEPT : Beberapa NGO menyerahkan memorandum bantahan kepada polis kerana mendakwa agensi itu bersikap pilih kasih dalam siasatan ‘pijak gambar dan tunjuk punggung’ melibatkan beberapa individu dan pelajar semasa himpunan ?Janji Demokrasi?.

NGO-NGO tersebut mahu polis tidak mengambil tindakan terhadap individu-individu tersebut seperti mana mereka yang memijak gambar pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Dan Hak Rakyat (Power), S Gobi Krishnan berkata polis tidak boleh pilih kasih di dalam tindakan mereka.

Polis telah menahan beberapa individu yang memijak gambar Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos.

Mereka itu termasuk pelajar universiti dan seorang model sambilan.

“Sebelum ini gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah dikencing.

?Gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah dipijak tetapi kita lihat tiada siasatan dan tindakan terhadap individu atau pihak terlibat.

“Kumpulan pelajar yang memijak dan tunjuk punggung pada gambar Perdana Menteri dan isteri itu tentunya berpendapat mereka juga tidak akan dikenakan sebarang tindakan,” katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Angkatan Warga Aman Malaysia dan Persatuan Progresif India Malaysia. Ia diserahkan kepada Bahagian Perhubungan Awam Polis Bukit Aman pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Gobi meminta polis turut menghukum pihak yang menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya tindakan akan dikenakan ke atas kumpulan pelajar tersebut.

“Kita serahkan memorandum ini dengan bukti bahawa perkara itu memang berlaku.

?Beberapa laporan polis juga telah dibuat. Kita memberi tempoh masa 48 jam kepada polis untuk tujuan itu.

?Sekiranya tiada tindakan diambil, kita akan mengadakan demonstrasi jalanan,” katanya.