Categories
EXCO SELANGOR

EXCO: JKP penghubung masyarakat, PBT

SUBANG JAYA, 9 MAC: Jawatankuasa Penduduk (JKP) diharap terus menyampaikan dasar dan penerangan berkenaan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara telus kepada masyarakat, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata segala maklumat, isu dan masalah setempat boleh dibincang dengan adanya JKP sebagai penghubung antara masyarakat dengan PBT.

“Semoga hubungan antara JKP, PBT dan masyarakat terus erat selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

“Justeru, saya galakkan JKP diiktiraf serta diberi penghargaan supaya mereka dapat meningkatkan usaha dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk, Pangsapuri dan Kampung Angkat Komuniti Berdaya dan Penggerak Belia Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Sunway Resort Hotel & Spa di sini pada 7 Mac.

Categories
PBT SELANGOR

Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk MPSJ 6 Mac

SUBANG JAYA, 26 FEB: Bagi menghargai khidmat ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan majlis Anugerah JKP 2019 di Sunway Resort Hotel & Spa pada 6 Mac ini, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata 11 anugerah tersebut ialah Anugerah Program Kemasyarakatan, Anugerah Pengurusan Projek Inden, Anugerah Kitar Semula, Anugerah Kebun Komuniti, Anugerah Program Memberdaya Komuniti Pangsapuri dan Kampung Angkat.

Anugerah Pegawai Kawasan JKP MPSJ Terbaik, Anugerah Pegawai Rejuvernasi Komuniti Pangsapuri dan Kampung Angkat, Anugerah JKP Lama Berkhidmat, Anugerah Pegawai Kawasan PeBT Terbaik, Anugerah Insentif Kejiranan Hijau & Lestari serta Anugerah JKP Terbaik Keseluruhan

“Semoga usaha ini memberi semangat dan motivasi kepada JKP terus melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil 2/2020 di sini hari ini.