Program ‘Belia bersama ATV 2016’


Program ‘belia bersama atv 2016’ di kg. Kemensah dengan kerjasama majlis perbandaran ampang jaya (mpaj). Program ini dimeriahkan lagi dengan adanya kehadiran media.

Categories
SELANGOR

Program Belia bersama MPAJ, tempuh laluan berbukit ATV

OLEH : REMY ARIFIN

ULU KLANG, 21 MEI : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Program Belia Bersama ATV 2016 melibatkan lebih 10 organisasi dan agensi media di ATV Adventure Park, Kampung Kemensah di sini, hari ini.

Antaranya penyertaan agensi media TV Selangor, SelangorKini, Utusan, Sinar Harian, organisasi Pejabat Tanah Galian Selangor, Wakil penjawat awam negeri, pelajar-pelajar dan masyarakat setempat.

ATV2Peserta diberi peluang menunggang ATV, sejenis kenderaan permotoran tinggi untuk melalui halangan berbukit curam di sepanjang laluan 2.7KM.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang DiPertua MPAJ; Tuan Abdul Hamid Hussain, Ahli Dewan Negeri (ADN) Ulu Klang; Saari Sungib dan Ahli Majlis MPAJ; Hassan Yussof.

Lebih istimewanya, mereka tidak melepaskan peluang menunggang ATV dan turut sama menempuh laluan berhalangan dengan catatan masa lebih kurang 1 jam 20 minit.

Sementara itu, Abd Hamid ketika berucap dalam upacara penutup perasmian berharap aktiviti sedemikian mampu mengukuhkan lagi hubungan pentadbiran pihak majlis dan masyarakat setempat.

“Ini merupakan kejayaan MPAJ untuk terus konsisten mengeratkan hubungan antara pihak majlis dan masyarakat Ampang Jaya.

ATV4“Insya Allah program seperti ini akan diteruskan dan menjadi acara tahunan pihak MPAJ dan kesemua organisasi terlibat.

“Untuk tahun-tahun akan datang kita berharap lebih banyak lagi organisasi seluruh Selangor menyertai program ini pada masa depan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, wakil SelangorKini Muhammad Rahimi dipilih peserta terbaik kumpulan 13 mengalahkan beberapa peserta lain.

EZY