Categories
NASIONAL

Penyokong Anwar baca Yassin di Istana Kehakiman mohon yang terbaik

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 29 OKT: Penyokong Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan majlis bacaan Yassin di tepi Kompleks Istana Kehakiman bagi memohon supaya diberikan yang terbaik dalam keputusan kes Fitnah 2.

IMG_4368Bacaan Yassin yang bermula sekitar jam 12.00 tengahari itu dan berakhir 15 minit kemudian diketuai Ustaz Badrol Amin Ishak, bahkan mereka turut berzikir sambil melaungkan takbir.

Sehingga jam 12.30 tengahari, keadaan di kompleks mahkamah berkenaan masih tenang dan berada dalam kawalan.

Kelihatan beberapa pemimpin daripada komponen Pakatan Rakyat antaranya Datuk Husam Musa dan Suhaizan Kayat daripada PAS.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor hadiri bacaan Yassin, tahlil sempena Hari Pahlawan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 JULAI: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat bagi memperingati pahlawan yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara.

Keberangkatan baginda ke majlis bersempena Hari Pahlawan 2014 itu diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MB dan Sultan berbuka puasa di Masjid di Assam Jawa (3)Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin turut mencemar duli berangkat ke majlis yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelotong, di sini.

Selepas selesai bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat, baginda Sultan Selangor turut berkenan sembahyang Jumaat bersama masyarakat di Bukit Jelutong.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Mohd Farhan Wijaya ketika membacakan khutbah mengingatkan umat Islam negara ini tidak lupa pengorbanan pahlawan negara seperti Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Dr Burhanuddin Helmi, Datuk Onn Jaafar dan lain-lain.

-NFN-

Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Mangsa Nahas MH370

http://tv.selangorku.com