Categories
NASIONAL

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 2,721 orang

ALOR SETAR, 5 NOV: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan setakat jam 8 malam ini di Kedah meningkat kepada 2,721 orang berbanding 1,906 orang yang direkodkan jam 6 petang tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa daripada 730 keluarga ditempatkan di 38 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Bandar Baharu dan Baling.

Di Kuala Muda, 17 pusat pemindahan dibuka iaitu di surau Kampung Bongkok menempatkan 60 mangsa, Dewan Kampung Tengah Padang Temusu (lapan), Dewan Steang Wam Kowang (23), surau Kampung Padang Tok Sora (72), Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19), Dewan Taman Bedong Jaya (80), Surau Taman Malinja (50), Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Gedong (33), Dewan Kampung Segantang Garam (38), Kampung Kilang Makau (40), Surau Kampung Haji Ngah (8), Surau Kampung Jawa (26), Dewan Kampung Baru (25), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (165), Surau Kampung Jilid 4/5 (70), dan Surau Kampung Lebai Ali (298).

Di Yan, empat pusat pemindahan dibuka iaitu Tadika KEMAS Kampung Perigi (18), Surau Kampung Teroi Bukit (89), Surau Kampung Lubok Boi (69) dan Surau Kampung Kepala Bukit (66).

Di Kulim pula 14 pusat pemindahan dibuka iaitu Dewan Masjid Al-Muqtadin (147), Dewan Taman Saga (40), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih (164), Surau Al-Haq (30), Surau Taman Kancil (112), Dewan KEDA Naga (62) dan Dewan Masjid Sungai Limau dengan 35 mangsa, SK Permatang Tok Dik (51), SK Sungai Seluang (87), Tadika Kemas Padang Limau (199), Surau Al-Ikhlas Karangan (91), SK Sungai Karangan (14), Surau Al-Husna (26) dan Masjid Selarong Panjang (28).

Sementara itu, satu pusat pemindahan dibuka masing-masing di Bandar Baharu iaitu Dewan Sungai Batu yang menempatkan 25 mangsa dan di Baling di Masjid Kuala Bakong (104).

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Siap sedia hadapi gelombang kedua banjir di Kedah

ALOR SETAR 27 SEPT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kota Setar kini bersiap siaga menghadapi gelombang kedua banjir jika berlaku dalam tempoh terdekat ini.

Pegawai Operasinya, Leftenan (PA) Pertahanan Awam, Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya dengan kekuatan 50 anggota boleh dikerah pada bila-bila masa bagi membantu memindahkan mangsa yang terperangkap.

“Tahap kesiapsiagaan kami masih tinggi untuk dikerah pada bila-bila masa saja termasuk waktu kecemasan kerana kami memiliki sembilan bot, dua lori, tiga kenderaan pacuan empat roda dan tiga ambulans.

“Walaupun surut kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana laporan Jabatan Meteorologi mendapati hujan akan turun semula dan jika berlarutan kawasan rendah akan dinaiki air dan mangsa terpaksa dipindahkan semula,” katanya kepada pemberita pada Program Pasca Banjir APM Kota Setar di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, di sini, hari ini.

Dalam program itu, seramai 30 anggota dan pegawai APM Kota Setar melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kemudahan yang disediakan di dewan sekolah, kelas dan tandas yang digunakan oleh mangsa banjir di sekolah itu sebelum ini.

Program itu turut disertai guru sekolah, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Banjir Kedah: Mangsa dipindah meningkat kepada 3,621

ALOR SETAR, 25 SEPT: Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga jam 8 pagi ini terus meningkat kepada 3,621 orang berbanding 3,439 orang malam tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa dipindahkan meningkat berikutan air dari hulu yang mengalir bertembung dengan air pasang besar.

Kesemua mangsa daripada 1,081 keluarga itu ditempatkan di 29 pusat pemindahan berbanding 22 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumah itu, 12 pusat dibuka di daerah Kota Setar.

Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 334 mangsa, PP SK Seri Gunung (180), PP SK Alor Mengkudu (117), PP Dewan Taman Sri Bagan (95), PP Surau Pondok Kepala Bukit (88), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75), PP Masjid Kampung Lengkuas (46), PP SK Bukit Pinang (40), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (32), PP SK Suka Menanti (26), PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13) dan PP SK Taman Aman seramai sembilan mangsa.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu telah ditempatkan di tujuh pusat iaitu di PP Dewan Lubuk Batu (533), PP SMK Mahawangsa (469), PP Dewan Kubur Siam (303), PP Dewan Tokong Cina (167), PP SK Kodiang Lama (41), PP Dewan Manggol Malau (37) dan PP Dewan Kampung Lahar seramai 31 mangsa.

Di daerah Pokok Sena, enam pusat pemindahan adalah di PP SK Bukit Hijau dengan 437 mangsa, PP Madrasah Maahad Tarbiyah (166), PP Dewan Kampung Permatang Limau (35), PP Dewan Lubuk Keriang (34), PP Surau Kampung Menerong (18) dan PP Dewan Kampung Empa seramai 16 mangsa.

Sementara itu, di daerah Pendang empat pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 165 mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Guar Kepayang, PP Pusat Rakan Sukan Padang Pusing (55), PP Pusat Rakan Sukan Ayer Puteh (46) dan 13 orang mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Bukit Raya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Banjir kedah meningkat dua kali ganda

SHAH ALAM, 24 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Kedah sehingga pagi ini meningkat kepada 2,873 membabitkan 878 mangsa, dengan tujuh pusat pemindahan baharu dibuka di lima daerah di negeri itu.

Lima daerah terbabit ialah Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena.

Penyelaras Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, mangsa banjir meningkat lebih dua kali ganda berbanding semalam membabitkan 1,104 penduduk.

Katanya, di daerah Kuala Muda hanya satu pusat pemindahan beroperasi berbanding tiga semalam iaitu di Dewan Kampung Sungai Pial yang menempatkan 113 mangsa dari 26 keluarga.

“Bagi daerah Kota Setar pula, lapan masih beroperasi dengan enam pusat pemindahan baharu dibuka bermula malam tadi iaitu di Dewan Wawasan Kampung Kelompang menempatkan 30 mangsa dari lapan keluarga; Surau Assyakirin Kepala Batas (75 mangsa dari 20 keluarga).

“Pusat pemindahan baharu di SK Alor Mengkudu menempatkan 101 mangsa dari 23 keluarga; SK Bukit Pinang (25 mangsa dari 14 keluarga); Dewan Taman Sri Bagan (94 mangsa dari 22 keluarga dan SK Seri Gunung (92 mangsa dari 31 keluarga),” katanya dalam kenyataan.

Enam pusat pemindahan masih beroperasi di daerah Kubang Pasu iaitu di SK Kodiang Lama, Dewan Kampung Lahar, SMK Mahawangsa, Dewan Tokong Cina, Dewan Kubur Siam dan Dewan Lubuk Batu yang menempatkan keseluruhan 1,210 mangsa membabitkan 449 keluarga.

Di Pokok Sena pula sebanyak lima PPS dibuka yang menempatkan keseluruhan 632 mangsa membabitkan 145 keluarga iaitu di SK Bukit Hijau; Madrasah Maahad Tarbiyah; Dewan Kampung Permatang Limau; Surau Kampung Menerong dan Dewan Lubuk Keriang.

Di Pendang hanya tinggal satu daripada dua PPS yang dibuka semalam iaitu di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah yang menempatkan 260 mangsa dari 72 keluarga.