Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM41.12 bilion dalam sistem konvensional dan RM14.64 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tender pasaran lelongan kematangan yang pelbagai bernilai RM12 bilion untuk dua hari sehingga 31 hari, serta tender Qard bernilai RM1 bilion bagi tujuh hari, RM1 bilion bagi 14 hari dan RM600 juta bagi 21 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.1 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM12.1 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM32.97 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.71 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM2 bilion setiap satu masing-masing bagi tempoh tujuh, 14 dan 21 hari.

Ia juga akan menjalankan tiga tender Qard sebanyak RM2.4 bilion selama tujuh hari, RM2.3 bilion selama 14 hari dan RM1.6 bilion untuk 21 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender konvensional semalaman sehingga RM27 bilion dan RM16.4 bilion untuk tender Murabahah semalaman.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM23.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.92 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM1 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta bagi 14 hari, selain satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam RM4.2 bilion untuk tujuh hari hingga 31 hari.

BNM juga akan mengeluarkan tender repo berbalik RM330 juta bagi 31 hari dan Bil-bil Antara Bank BNM RM500 juta untuk 91 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional RM22.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM13.7 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM26.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.98 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM1 bilion bagi tujuh hari dan RM500 juta bagi 14 hari, dan tiga tender Qard terdiri daripada RM1.5 bilion bagi tujuh hari, RM1 bilion bagi 14 hari dan RM1.1 bilion bagi 32 hari.

BNM juga akan menawarkan satu tender repo berbalik bernilai RM495 juta bagi 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM25.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.4 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran tunai.

Untuk minggu yang baru berakhir, kadar rujukan semalaman Islam kekal tidak berubah pada 2.95 peratus, manakala kadar satu minggu, dua dan tiga minggu masing-masing kekal pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

Sepanjang minggu ini, BNM campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, Qard dan repo berbalik, serta Bil Antara Bank, Bank Negara.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini meningkat kepada RM24.8 bilion daripada RM23.6 bilion pada minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM13.5 bilion daripada RM12.2 bilion.

Pasaran akan ditutup pada Isnin bersempena sambutan Hari Malaysia dan akan dibuka semula pada Selasa.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Kadar jangka pendek diunjurkan stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM29.10 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.094 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional yang masing-masing bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan mengeluarkan tender Qard bagi lelongan julat tempoh matang Islam bernilai RM4.5 bilion untuk lima hingga 21 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM25.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM15.6 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM25.187 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.678 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM1 bilion setiap satu masing-masing bagi tujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan menawarkan tender Qard Lelongan Matang Pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM3.7 bilion bagi tujuh hingga 30 hari dan tender repo berbalik bernilai RM1.045 bilion bagi 30 hari.

Pada 4 petang, Bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM24.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM15.0 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM30.16 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.37 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengeluarkan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM2 bilion untuk tujuh hari dan dua RM1 bilion, masing-masing untuk 14 hari dan 21 hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender Qard terdiri daripada RM2.3 bilion untuk tujuh hari dan RM2 bilion untuk 21 hari.

Ia akan turut mengeluarkan Bil Antara Bank Bank Negara RM500 juta untuk 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.2 bilion dan tender semalaman Murabahah RM11.1 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM29.46 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.57 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat juga akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri RM2 bilion masing-masing bagi selama tujuh hari dan 14 hari serta RM1 bilion bagi 21 hari.

BNM juga akan menawarkan lelongan kematangan pelbagai Islam RM6.10 bilion bagi empat hari hingga 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM13.3 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

BNM perluas kriteria bagi dana Rumah Mampu Milik RM1 bilion

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperluaskan kriteria kelayakan bagi Dana Rumah Mampu Milik RM1 bilion.

Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus ketika mengumumkan mengenai perkara itu berkata, pendapatan bulanan isi rumah yang layak telah dinaikkan kepada RM4,360 daripada RM2,300 sebelum ini, manakala harga hartanah maksimum ditingkatkan kepada RM300,000 daripada RM150,000.

Tambahan ini akan berkuat kuasa pada 1 September depan, ia merupakan satu inisiatif tambahan oleh BNM bagi membantu golongan berpendapatan di bawah 40 untuk memiliki rumah pertama mereka, katanya semasa majlis pelancaran Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) di sini semalam.

Selepas itu, dalam satu sidang akhbar, Penolong Gabenor, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, BNM telah meluluskan 296 permohonan membabitkan pembiayaan bernilai RM31 juta sehingga akhir Jun 2019.

Peningkatan kelayakan dana itu akan membolehkan lebih ramai orang untuk meraih manfaat, sekali gus membantu meningkatkan kadar penggunaan dana tersebut.

“Kami belum menetapkan sebarang sasaran prestasi, tetapi tujuannya adalah bagi menangani kes-kes (permohonan pembiayaan yang ditolak) dan membantu meningkatkan kelayakan.

“Kami berharap orang awam serta peminjam yang menghadapi penolakan pembiayaan akan menggunakan kemudahan ini,” katanya.

Adnan Zaylani berkata, BNM telah menerima maklum balas bahawa ada perusahaan serta isi rumah yang menghadapi kekurangan maklumat dan kesedaran mengenai daya maju pinjaman di pasaran.

“Apabila permohonan mereka ditolak daripada satu institusi tertentu, peminjam cenderung untuk berpendapat bahawa keseluruhan ekosistem tidak akan membantu mereka.

“Dengan inisiatif ini (MyKNP), kami berharap untuk membuka perspektif mereka bahawa wujud ekosistem yang lebih besar yang boleh membantu bakal peminjam bagi mendapatkan pembiayaan atau memperbaiki peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman,” katanya.

Dana tersebut, yang mempunyai kadar pembiayaan maksimum pada kadar 3.5 peratus setahun, adalah untuk hartanah dalam pasaran utama sahaja.

Peminjam mesti pekerja bergaji atau bekerja sendiri dan tidak mempunyai mana-mana rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional merosot kepada RM24 bilion daripada RM26.04 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia menyusut kepada RM8.6 bilion daripada RM13.26 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM23.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM8.6 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditetapkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Risiko penurunan ekonomi tidak ketara, tiada kemelesetan

KUALA LUMPUR,19 OGOS: Masih terdapat risiko penurunan ke atas ekonomi Malaysia pada 2019 selepas mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh pada suku kedua, namun, kemelesetan ekonomi dijangka tidak berlaku, menurut RHB Bank dalam unjuran ekonominya hari ini.

Walaupun risiko penurunan terhadap unjuran ekonomi bagi tempoh yang masih berbaki kelihatan tidak signifikan, ia dijangka berterusan sehingga 2020 berikutan ketegangan perdagangan yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS)-China, menurut bank itu.

“Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat berhati-hati bagi prospek ekonomi 2020, perbincangan kami bersama pegawainya menjangka kemeseletan ekonomi di peringkat global (pertumbuhan negatif global) tidak berlaku, begitu juga terhadap Malaysia,” katanya

Mereka juga yakin Malaysia mungkin tidak terkecuali sepenuhnya daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE Russell dalam kajian semula pada September.

“Kami sedia maklum bank pusat terlibat aktif dalam FTSE Russell untuk menambah baik iklim pelaburan di pasaran kewangan,” katanya.

Bank itu juga berpendapat satu lagi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan berlaku dalam masa tedekat sebagai langkah awal bagi menyokong pertumbuhan global sekiranya perang perdagangan antara Beijing dan Washington semakin meruncing.

“Ini berkemungkinan berlaku pada akhir suku keempat 2019 atau suku pertama 2020 dan BNM dijangka menunggu tinjauan FTSE Russell pada September untuk diluluskan sebelum melaksanakan langkah selanjutnya,” katanya.

RHB berkata Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid pada mesyuarat terbaharu berkata kerajaan akan pragmatik terhadap dasar fiskal.

Menurut bank itu, kesan perang perdagangan sejak Julai 2018 terhadap ekonomi global dan Malaysia akan berlaku pada separuh pertama 2019, manakala perang perdagangan yang meningkat pada Mei 2019 akan memberi kesan pada separuh kedua 2019.

“Sekiranya Amerika Syarikat (AS) terus mengenakan tarif itu kepada lebihan import US$300 bilion dari China, kami berpendapat impak tersebut dijangka dirasai pada separuh pertama 2020.

“Di tempat lain, AS mengancam untuk mengenakan tarif import dari Perancis, selepas Perancis mengenakan cukai digital tiga peratus ke atas syarikat teknologi AS seperti Facebook dan Google, menyebabkan wujudnya potensi perang perdagangan baharu,” katanya.

Pada minggu lepas, Rumah Putih dilapor mengambil keputusan menangguhkan pengenaan tarif import tambahan ke atas barangan China sehingga Disember ini.

– BERNAMA