Categories
AGENDA NASIONAL

Remaja 17 tahun menang cabutan RM1 juta BSN

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melakar sejarah apabila menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) setelah dipilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Bulan April 2021 dan membawa pulang sijil itu yang bernilai RM1 juta.

Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil berkata remaja berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan tersebut sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.

“BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan telah kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tahun ini, BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.

Katanya khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain.

Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN) manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN Malaysia.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Operasi perbankan BSN pulih

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Perkhidmatan perbankan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang meliputi cawangan, ATM dan perbankan Internet pulih kini beroperasi seperti biasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, pihaknya memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama sepanjang tempoh sukar itu.

“Malah pelanggan boleh melakukan transaksi masing-masing di ATM dan Mesin Deposit Tunai sejak 9.00 malam, 21 Jan, 2019,” kata menerusi kenyataan hari ini.

Yunos berkata, BSN terus komited memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan akan terus menambah baik perkhidmatannya.

Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak 6.10 pagi pada 19 Januari lalu sekali gus menjejaskan operasi perbankan di semua cawangan dan perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN.

– BERNAMA

Kerajaan Negeri rai anak yatim seluruh Selangor

Seramai 370 anak yatim dari 10 rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh Selangor diraikan dalam Majlis Tautan Kasih di Taman Tema Wet World.

Program tahunan anjuran Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail sejak 2010 itu bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk bersantai dan berhibur pada hujung minggu sambil menekankan konsep kekeluargaan.

Kerajaan Selangor juga menyumbang RM50 kepada setiap anak yatim yang dimasukkan ke akaun Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk bukan Islam.