Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Wanita tunjuk taring, ketuai perarakan ke KLCC

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Peserta BERSIH 5 yang terdiri daripada kaum wanita membuktikan kemampuan mereka mengawal peserta demonstrasi apabila mengetuai perarakan menuju ke KLCC.

Perarakan diketuai Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin itu turut diselang-selikan dengan laungan semangat salah seorang daripada mereka.

Perarakan yang disertai peserta lelaki itu turut dimeriahkan dengan Skuad Keselamatan MPN Selangor.

Semetara itu, beberapa pemimpin utama Pakatan termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan berada di KLCC.

-AA-

Categories
NASIONAL

FRU mara selepas arah orang awam kosongkan Sogo

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Sepasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mengeluarkan amaran akan merempuh orang ramai yang berada di hadapan Pasaraya Sogo dan Pertama.

Susulan amaran itu, orang ramai mula bergerak menukar arah berkumpul Bangunan Maju Junction.

Bagaimanapun, selepas pasukan FRU mengambil tempat dengan berbaris merintangi Jalan Tunku Abd Rahman di depan Kompleks Pertama, orang ramai dibenarkan kembali berada di Sogo.

Pada masa ini, FRU mula membentuk farmasi empat segi betul-betul persimpangan empat kawasan itu.

Sehingga kini, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

-nR-

Categories
NASIONAL

Tun M tiba dari Sudan, dijangka sertai BERSIH petang ini

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 NOV: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba ke tanah air dari Sudan sebentar tadi.

Perkembangan itu dikutip daripada posting penulis blog, Firdaus Abdullah yang berkongsi gambar Mahathir berbaju kuning BERSIH 5 turun dari pesawat sebaik mendarat di sebuah lapangan terbang.

Mahathir dijangka menyertai BERSIH5 bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekitar jam 2 petang ini.cxmxrnxvqaa-mjh

-nR-

Categories
NASIONAL

MB: Bebaskan Maria Chin dan pemimpin BERSIH

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 NOV: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam tindakan pihak berkuasa menahan pimpinan BERSIH.

Menyifatkan tindakan seumpama itu sebagai budaya kotor, Mohamed Azmin juga berkata ia jelas suatu ugutan terhadap pemimpin masyarakat sivil.

“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa pihak berkuasa mesti menyerang rakyat yang mahukan demokrasi dan kerajaan yang lebih baik.

img_20161119_115633_205“Yang sepatutnya mereka tangkap adalah pemimpin-pemimpin korup yang berada di Putrajaya dan bukan menentang rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pembayaran SMUE Fasa 2 DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak di Kediaman Menteri Besar, hari ini.

Azmin berkata, BERSIH juga tidak melanggar sebarang undang-undang dan itu telah dijamin oleh perlembagaan.

“Saya berharap pihak berkuasa bebaskan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan pimpinan lain dengan segera.

“Mereka seharusnya memusuhi perasuah dan perompak. Tindakan mereka itu hanya memberikan imej buruk terhadap negara,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tidak halang sekiranya kumpulan baju merah ingin mengadakan demonstrasi.

baju-merah“Sekiranya kumpulan merah ingin melakukan demo, mereka boleh lakukan dan kita tidak ada bantahan tetapi janganlah ada pertembungan dalam masa sama di tempat yang sama.

“Kenapa mesti lakukan hari ini? Rakyat hanya akan bertambah marah dengan tindakan seperti ini dan itu menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan perhimpuan aman disusun dengan baik,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

BERSIH 5 berhenti rehat, beri laluan solat Zohor

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Menjelang tengah hari, Perhimpunan aman Bersih 5 berehat sebentar bagi memberi laluan peserta beragama Islam solat zohor berjemaah di Jalan Tunku Abd Rahman.

Selain itu, waktu rehat itu juga digunakan untuk peserta menikmati makan tengah hari.

Tinjauan SelangorKini, walaupun berlaku pertembungan antara baju kuning dan baju merah pada perhimpunan kali ini, tiada sebarang insiden dilaporkan berlaku sejak perhimpunan bermula awal pagi tadi.

Selain anggota keselamatan mengawasi perhimpunan, anggota keselamatan BERSIH 5 turut mainkan peranannya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Analogi beruk turun pokok hiasi ucapan BERSIH 5

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Analogi Penyelaras Jingga 13, Faris Musa bagi memastikan pemimpin yang menyusahkan rakyat meletak jawatan menarik perhatian ramai.

Faris berkata, keadaan itu adalah sama apabila seseorang yang mahukan supaya beruk turun daripada sepohon pokok.

“Bila kita cakap turun, dia tak faham. Kita baling kayu atau batu pun dia degil tak turun juga.

“Jadi, apa cara nak beruk ini turun? Kita tiada pilihan selain tebang pokok itu, ” katanya ketika Perhimpunan Bersih 5 di Jalan Tunku Abd Rahman, di sini, hari ini.

Keadaannya yang berkerusi roda tidak menghalang aktivis itu daripada memberi ceramah kepada peserta Bersih 5 yang semakin bertambah bilangan pesertanya.

Mengulas lanjut, Faris berkata, keadaan itu sama dengan rakyat Malaysia yang tiada pilihan lain untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kecuali menukar kerajaan sedia ada, pada pilihan raya akan datang.

Katanya, antara kecurangan terbesar Najib adalah apabila beliau turut terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau Tok Arab masukkan RM2.6 bilion dalam akaun anda, dengan perbelanjaan RM10,000 sehari anda memerlukan lebih 100 tahun untuk menghabiskannya,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Peserta BERSIH 5 luah kecewa pada kerajaan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Meskipun cuba dihalang pihak berkuasa, BERSIH 5 berjaya mengumpulkan ribuan rakyat dari pelbagai bangsa dan usia.

Semua mereka tampil melahirkan kekesalan terhadap kerajaan yang didakwa tidak adil dan menuntut perubahan terhadap sistem pilihan raya juga pentadbiran yang bersih.

Ada di antaranya menyertai perarakan dan tidak kurang meluahkan suara hati melalui kata coretan di plakad juga menyanyi dan bersorak tanda sokongan.

Jpeg

Alex Ho, 44, dari Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai dengan plakad “Kamu berlagak samseng, Saya berani bersuara”.

Coretan itu jelas menggambarkan kekecewaan terhadap pemerintah dipercayai mengabaikan kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasa.

“Seperti peserta lain, apa tertulis di sini menggambarkan perasaan saya,” luahnya.

Sementara Mohd Rosli Abdullah, 69, dari Kulai, Johor pula tidak mahu melepaskan peluang bersama rakyat lain dalam himpunan berkenaan.

Jpeg

“Seperti himpunan sebelumnya, biarpun dari jauh saya tetap turut serta demi menuntut keadilan diperjuangkan.

“Saya sokong BERSIH 5 dan sekiranya pilihan raya umum ke 14 dijalankan secara adil, saya yakin perubahan mampu dicipta dengan pengambilalihan kuasa di peringkat Persekutuan,” katanya yang sampai ke sini bersama 50 rakannya awal pagi tadi.

-nR-

Categories
NASIONAL

Polis lambai terima tepukan peserta Bersih 5

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Dua lori polis yang membawa anggotanya melalui Jalan Tunku Abd Rahman menerima tepukan gemuruh peserta Bersih 5 yang memenuhi kawasan terbabit.

Beberapa anggota polis yang duduk di bahagian belakang lori terbabit membalas tepukan orang ramai dengan melambaikan tangan mereka.

Selain itu, pengacara ceramah kelompok yang berada di situ turut mengajak orang ramai menyanyikan lagu ‘Terima Kasih Polis’.

Lagu itu dinyanyikan ekoran kerjasama anggota polis dan langkah berjaga-jaga yang diambil bagi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku.

-AA-

Categories
NASIONAL

Merah tak kelihatan, ‘point’ utama dikuasai kuning

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Walaupun anggota Gerakan Baju Merah dilaporkan turut mengadakan demonstrasi, namun beberapa kawasan utama berhampiran Dataran Merdeka dikuasai penyokong BERSIH 5.

Tinjauan SelangorKini mendapati sepanjang Jalan Tun Perak termasuk di Masjid Jamek, Jalan Raja Laut, Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Wisma Bandar tidak kelihatan ahli kumpulan Baju Merah kecuali dipenuhi peserta BERSIH 5.

Bagaimanapun, sekumpulan Baju Merah kini baru dilaporkan berarak menuju ke arah Dataran Merdeka melalui Jalan Putra.

b0535724-640b-4258-940a-5c8a34d1d4bfPada masa berita ini ditulis suasana di Jalan Tunku Abdul Rahman semakin meriah dengan ceramah kelompok dan persembahan nyanyian lagu yang mengandungi mesej keamanan.

Antaranya lagu Assalamualaikum yang dipopularkan oleh Faizal Tahir dan Standing In The Eyes Of The World dipopularkan oleh Ella yang disampaikan oleh kumpulan pemuzik akustik.

-nR-

Categories
NASIONAL

BERSIH 5: Majlis Peguam sedia dua pasukan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Majlis Peguam menggerakkan lebih 100 anggotanya pada Perhimpunan Aman Bersih 5 kali ini.

Menurut seorang anggota Majlis Peguam, mereka dibahagikan kepada dua pasukan bagi memastikan perhimpunan Bersih 5 berjalan lancar.

“Kami sediakan dua pasukan, pertama pasukan pemantau lebih 100 anggota akan berada di lokasi perhimpunan dan selebihnya pula bersedia di pejabat kami untuk bertindak jika terdapat laporan peserta ditahan polis,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, Majlis Peguam sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada perhimpunan kali ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, khabar angin yang mendakwa beliau dikepung sepasukan anggota polis, malam tadi tidak benar.

“Bukan saya. Saya tak pasti kalau ada mana-mana pemimpin KEADILAN dikepung malam tadi,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Lelaki tiba-tiba sawan gemparkan orang ramai

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Kejadian seorang lelaki yang tiba-tiba rebah di lorong belakang Masjid India menggemparkan orang ramai.

Saksi kejadian, seorang anggota trafik DBKL berkata lelaki itu dipercayai terkena sawan sebelum rebah di hadapan beliau.

df768848-d6f4-4ce7-894e-ec39676fb57d“Depan mata saya sendiri dia rebah tiba-tiba, tak ada sesiapa usik dia.

“Hidung dia berdarah sebab dia terjatuh bahagian muka atas jalan tar,” kata anggota trafik terbabit.

Selang beberapa minit kemudian kelihatan beberapa anggota keselamatan BERSIH yang mengenakan pakaian berwarna ungu dan pasukan perubatan sukarela datang memberikan rawatan kepada lelaki terbabit.

-nR-

Categories
NASIONAL

BERSIH 5: KL semakin kuning

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Tanpa menghiraukan panas terik, peserta BERSIH 5 terus memenuhi kawasan sekitar bandar raya dengan laungan pembakar semangat.

Kawasan di Menara Maybank, Terminal Bas Puduraya, Kompleks Kota Raya dan kawasan sekitarnya dipenuhi peserta dengan berarak secara berkumpulan menghampiri Dataran Merdeka dan Dataran Bandaraya Kuala Lumpur.

Biarpun menyedari kawasan terbabit telah ditutup polis, namun mereka tidak menghiraukan dan terus bergerak ke hadapan.

b0535724-640b-4258-940a-5c8a34d1d4bfManakala, sebahagian peserta mengambil kesempatan beramah mesra dan berselfie sesama mereka.

Tidak ketinggalan peniaga yang terus menjual baju t dan barangan BERSIH 5 serta pihak pengedar minuman air mineral yang menghulurkan bantuan berterusan.

-nR-