Categories
NASIONAL SUKANKINI

KL2017: Malaysia ke final aksi bola jaring

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 OGOS: Skuad bola jaring negara menepati ramalan apabila berjaya menewaskan Brunei 70-28 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini, seterusnya melayakkan diri ke final dengan penuh bergaya.

Suku masa pertama menyaksikan Brunei ditinggalkan 21 mata di belakang skuad negara sebelum memberikan sedikit tentangan pada suku kedua untuk menjadikan kedudukan 39-12.

Gandingan penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamal Zaman ternyata menjadi apabila kedua pemain itu mengganas bagi mendahului lawan.

bola jaringAngka kemenangan dicatatkan skuad bola jaring menghadiahkan senyuman lebar di wajah jurulatih daripada Australia, Tracey Robinson yang mengakui masih terdapat ruang untuk diperkemaskan lagi.

“Kami masih perlu perkemaskan lagi teknik dan kemahiran. Falsafah saya ialah bukan fokus pada tujuh pasukan terbaik tetapi melihat kepada setiap pasukan (12 pasukan teratas). Semua mereka adalah terbaik,” katanya lapor BERNAMA.

Sementara itu, Norashikin berkata. beliau pada awalnya agak gugup, namun dapat mengatasinya selepas berjaya menembusi benteng Brunei dan menjaringkan deretan gol berharga buat Malaysia.

“Jika bertemu Singapura untuk final esok, saya akan cuba atasi perasaan gugup dan sasaran jarak mata adalah antara 15-20,” katanya.

Esok, Malaysia bakal menemui Singapura atau Thailand yang ketika ini sedang bertarung pada perlawanan peringkat separuh akhir.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Kejohanan bola jaring bawah 19 tahun

SEMBILAN pasukan menyertai Kejohanan Bola Jaring Selangor bawah 19 tahun berlangsung di Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam, semalam.

Kejohanan itu dimenangi Selangor Senior dan hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

JARING1526234_10202900446051189_1066459770_n

Rodziah berkata, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan menganjurkan beberapa siri kejohanan liga bola jaring akan disertai oleh pasukan dari seluruh negeri ini.

Katanya, bola jaring juga akan dijadikan Sukan Wanita Selangor dan dipopular sebagai sukan untuk wanita di negeri ini.

“Pusat Wanita Berdaya yang menjadi antara mekanisme utama melaksanakan Pelan Tindakan Wanita Selangor juga mengaktifkan sukan bola jaring.

“Sukan adalah satu gaya hidup sihat yang memberi peLbagai manfaat kepada insan. Jika ia disusuli secara serius, tentunya akan menjadi ahli sukan bertaraf profesional.

JARING21520605_10202900446091190_1732161238_nSelain itu, katanya, pendekatan kesukanan yang akan dianjurkan oleh portfolio ini mengambil pendekatan menyeluruh dengan menekankan pembinaan jati diri dan semangat persaudaraan.

Baru-baru ini, Selangor di tempat ketiga sukan bola jaring di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16.

– FZL