Categories
KENYATAAN MEDIA

Categorical condemnation of Jakarta bombings

BY : DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

We condemn the latest terrorist bombing and shootouts in Jakarta yesterday which saw the slaughter of at least two innocent lives and the wounding of 24 others.

This latest brazen attack signifies ISIS rearing its menacing head finally in Southeast Asia via its “crusader alliance”.

Jakarta bomThis underscores their ruthless and violent campaigns to cause terror across the world even in the world’s largest Muslim democracy.

All right minded people regardless of nationality, faith or creed must condemn these dastardly acts of violence and murder and we must renew our resolve to fight religious, denominational and communal hatred.

Meantime, our prayers go to the families of the victims and we express solidarity with the people of Indonesia and the government of President Joko Widodo in their efforts to combat this scourge of terrorism that is now threatening this part of the world.

These acts of terrorism remind us once again of the troubled world we live in and the consequences that will ensue when people choose the course of violence instead of peaceful consultation.

We take this opportunity to call on all Malaysians to stand united for peace against all forms race-baiting and attempts at fomenting religious strife and affirm the principles of moderation and justice.

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Takziah Kepada keluarga mangsa letupan bom Jakarta

OLEH : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Kita dikejutkan laporan berita tentang siri letupan bom di Jakarta, Indonesia pagi ini yang telah mengakibatkan 6 orang terbunuh sehingga kini.

Tragedi ini cukup mengharukan, dan saya bersama Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang mengecam sekeras-kerasnya tindakan keganasan ini yang juga merupakan satu jenayah kemanusiaan.

Wan AzizahKami berharap agar pihak berkuasa Indonesia akan dapat menangkap penjenayah dan pembunuh yang terlibat di dalam kejadian ini dan agar mereka segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama saya ingin merakamkan ucapan takziah buat kesemua keluarga mangsa insiden keganasan ini.

Saya berdoa agar Presiden Joko Widodo dan rakyat Indonesia akan diberi kesabaran dan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi dugaan di saat yang cukup getir ini.

* Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan Presiden KEADILAN

Categories
NASIONAL

Serangan bom Jakarta: Ketua Pembangkang ucap takziah

SHAH ALAM 14 JAN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam siri letupan bom di Jakarta, Indonesia yang mengakibatkan enam terbunuh setakat ini.

“Kejadian ini cukup mengharukan, dan saya bersama Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang mengecam sekeras-kerasnya tindakan keganasan ini yang juga merupakan satu jenayah kemanusiaan.

1477640_10153862083516797_6465354867592185848_n“Kami berharap agar pihak berkuasa Indonesia akan dapat menangkap penjenayah dan pembunuh yang terlibat agar mereka segera dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azizah yang juga Presiden KEADILAN merakamkan takziah buat semua keluarga mangsa serangan tersebut.

“Saya berdoa agar Presiden Joko Widodo dan rakyat Indonesia akan diberi kesabaran dan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi dugaan di saat yang cukup getir ini,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sebelum ini, tidak jelas siapa yang menjadi dalang disebalik serangan di Jakarta itu yang mirip serangan di Paris.

Beberapa media melaporkan letupan itu disebabkan bom grenade dan bukan dilakukan pengebom berani mati.

EZY

Categories
NASIONAL

Letupan Jakarta: Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa

PUTRAJAYA 14 JAN: Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan berdasarkan maklumat terkini diterimanya, tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan di Jakarta, Indonesia.

Kedutaan Malaysia di Jakarta kini sedang memantau keadaan di sana, kata kenyataan itu.

CYqQwBEWMAAA1rKWarganegara Malaysia yang menetap di Jakarta atau akan mengunjungi kota itu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kedutaan Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi telefon 0062 21 5224 947, emel [email protected] atau di Jalan H.R. Rasuna Said, Kav. X/6, No. 1-3 Kuningan, Jakarta Selatan 12950 Republik Indonesia.

Sehingga laporan jam 3.30 waktu Malaysia, seramai tujuh orang disahkan terkorban.

bom jakartaTidak jelas siapa yang menjadi dalang disebalik serangan di Jakarta itu yang mirip serangan di Paris.

Beberapa media melaporkan letupan itu disebabkan bom grenade dan bukan dilakukan pengebom berani mati.

Sementara itu, ketua agensi perisikan negara itu berkata tiada tanda-tanda kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) menjadi dalang kepada serangan hari ini.

“Ini adalah keganasan tetapi tiada tanda lagi yang ia berkaitan dengan Isis,” kata Leftenan Jeneral Sutiyoso.

EZY

Categories
NASIONAL

Letupan Jakarta: Joko Widodo kutuk tindakan keganasan

JAKARTA 14 JAN : Presiden Indonesia, Joko Widodo menyifatkan siri letupan di Jakarta yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terkorban adalah ‘tindakan keganasan’.

“Negara kita dan rakyat kita tidak sepatutnya berasa takut, kita tidak akan dikalahkan oleh tindakan keganasan ini, saya berharap rakyat tetap tenang,” katanya menerusi stesen televisyen MetroTV.

CYqQwBEWMAAA1rK“Kita berdukacita dengan mangsa yang terkorban tapi kami mengutuk tindakan yang mengganggu keselamatan dan keamanan dan menyebar keganasan di kalangan rakyat,” dipetik AFP

Sementara itu, Jalan di sekitar Sarinah, Thamrin, Jakarta ditutup.

EZY

Categories
NASIONAL

Beberapa siri letupan bom menggegar Jakarta

JAKARTA 14 JAN : Media tempatan Indonesia melaporkan sekurang-kurangnya enam maut dalam siri kejadian enam letupan di sekitar kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta hari ini.

Letupan pertama berlaku jam 10 pagi waktu tempatan dan letupan kedua berlaku pada jam 10.50 pagi manakala ketiga berlaku enam minit kemudian.

CYpzcdWUwAA5N0TLetupan keempat terjadi pada jam 11 pagi, diikuti dengan ledakan kelima dan keenam tidak lama kemudian.

Sebuah pos kawalan polis yang terletak di hadapan pusat beli-belah Gedung Sarinah mengalami kerosakan teruk.

Kira-kira 500 polis dikerah untuk menangani situasi di kawasan itu.

CYp84T0U0AEiowjKetua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia (Polri) Inspektor Jeneral Anton Charliyan meminta masyarakat untuk menghindari sekitar lokasi kejadian.

Pihak polis pada peringkat awal mengkategorikan insiden itu sebagai serangan pengebom berani mati.

Helikopter juga dikerahkan untuk memantau situasi keadaan di Jakarta bagi menjejaki dan memantau keadaan.

Jakarta bomKEMASKINI BERITA LANJUT DARI SEMASA KE SEMASA

GAMBAR: SUMBER TWITTER

EZY