Categories
EKONOMI GLOBAL

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dan seiring dengan prestasi pasaran serantau lain ketika pasaran global terus bergelut dengan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat-China yang belum dapat dileraikan selain jangkaan pertumbuhan pendapatan korporat yang lebih perlahan.

Pada pukul 09.05 pagi ini, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.66 mata kepada 1,611.39 selepas dibuka 0.20 mata lebih rendah kepada 1,614.85.

Di pasaran secara amnya, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 190 berbanding 51 manakala 154 kaunter tidak berubah, 1,511 tidak diniagakan dan 18 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 111.020.000 unit bernilai RM53.18 juta.

Pasaran serantau menyaksikan Indeks Straits Times kehilangan 15.75 mata kepada 3,168.94, Nikkei Jepun susut 258,02 mata kepada 20,399.80 manakala Hang Seng Hong Kong merosot 114,58 mata kepada 25,824.72.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata ketidaktentuan mengenai pertikaian perdagangan AS-China yang juga dua kuasa besar ekonomi dunia itu telah menyumbang kepada prospek pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan selain turut memberi kesan langsung kepada pendapatan korporat.

“Pada masa ini, ekuiti global masih dalam peringkat konsolidasi dan ini akan mengekalkan aliran tidak menentu bagi saham-saham Bursa Malaysia dalam masa terdekat. Malah, seiring dengan senario sedia ada, kecenderungan untuk pasaran susut dijangka berterusan dan menyaksikan indeks utama lebih rendah lagi selepas ini,” kata firma penyelidikan itu.

Ia turut mengunjurkan tahap sokongan sekitar 1,600-1,610 dengan rintangan antara 1,620 dan 1,630.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.56, Public Bank berkurangan 22 sen kepada RM21.30, Yinson rendah 27 sen kepada RM6.57, Petronas Chemical rugi 10 sen kepada RM7.30 manakala Press Metal juga turun kepada RM4.76.

Saham paling aktif menyaksikan Bumi Armada dan Ekovest turun setengah sen masing-masing kepada 22.5 sen dan 82 sen, Genting Malaysia rugi empat sen kepada RM3.18 manakala Iris dan NETX berkurangan 16 sen dan 1.5 sen.

FBM Ace turun 13.81 mata kepada 4,683.83, FBM 70 merosot 65.45 mata kepada 14,238.92, Indeks FBM Emas susut 29.44 mata kepada 11,410.89, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 13.97 mata kepada 11,912.60 dan Indeks FBMT 100 rendah 31.67 mata kepada 11,241.2.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 66.90 mata kepada 5,775.09, Indeks Perladangan berkurangan 4.30 mata kepada 6,723.11 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.97 mata kepada 151.67.

Pasaran ditutup semalam bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia tinggi

KUALA LUMPUR, 13 JUL: Bursa Malaysia lebih tinggi pagi ini dengan momentum belian semalam terus menggalakkan selera pelabur mengambil risiko.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 7.61 mata pada 1,711.18 daripada 1,703.57 penutup Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 7.1 mata lebih tinggi pada 1,710.67.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 196 berbanding 63 manakala 1,519 tidak berubah dengan 1,519 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 155.04 juta saham bertukar tangan bernilai RM83.06 juta.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank naik dua sen kepada RM9.52, Public Bank menokok enam sen kepada RM23.06, Tenaga menambah 10 sen kepada RM14.58, Petronas Chemicals naik 14 sen kepada RM8.67, tetapi CIMB susut satu sen kepada RM5.62.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi

SHAH ALAM, 27 OKT: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjejaki prestasi bursa Asia yang lebih baik, selain didorong jangkaan positif pengumuman ‘habuan’ dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan hari ini, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.91 mata kepada 1,741.71 berbanding 1,736.80 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 4.54 mata lebih tinggi kepada 1,741.34.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 157 berbanding 59, manakala 165 kaunter tidak berubah, 1,494 tidak didagangkan dan 106 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 134.84 juta saham bernilai RM40.22 juta.

Dalam notanya hari ini, TA Securities berkata jangkaan positif pengumuman habuan dalam Bajet 2018 yang akan diumumkan petang ini akan mengekalkan kedudukan saham yang tinggi, dengan spekulasi sektor yang dijangkakan memperoleh manfaat, akan menggalakkan belian bersilih ganti.

Sementara itu, Maybank IB Research berkata sentimen dijangkakan kekal tidak stabil di sepanjang hari ekoran pelabur berhati-hati menunggu pembentangan Bajet 2018.

“Sektor minyak dan gas dijangka menarik perhatian selepas harga minyak semakin mengukuh.
“Pada asas teknikal, kami menjangkakan FBM KLCI didagangkan antara 1,732 dan 1,745, dengan sokongan menurun pada paras 1,729 dan 1,713,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, TNB menokok 36 sen kepada RM14.70, Sime Darby menambah tiga sen kepada RM9.11, manakala Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing kekal pada RM9.24, RM20.48 and RM7.40.
Bagi saham aktif, EA Holdings, M3 Technologies, Sumatec dan PUC masing-masing meningkat setengah sen kepada lima sen, 15.5 sen, 5.5 sen dan 18.5 sen, manakala GPA Holdings warrant tidak berubah pada lima sen.

Indeks FBM Emas meningkat 35.55 mata kepada 12,505.25, Indeks FBMT100 menambah 36.94 maa kepada 12,147.46 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 57.12 mata kepada 12,903.34.

FBM Ace meningkat 38.74 maa kepada 6,813.18 dan FBM 70 melonjak 56.36 mata kepada 15,209.35.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 14.77 mata kepada 7,9€24.67, Indeks Perusahaan turun 2.97 mata kepada 3,190.46 dan Indeks Kewangan meningkat 6.78 mata kepada 16,248.47.

-Bernama-