Categories
SELANGOR

BN tiru dasar, bukti Pakatan berjaya tadbir Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 NOV: Sudah menjadi kelaziman Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional meniru pelaksanaan dasar berkebajikan diperkenalkan Kerajaan Pakatan di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ia membuktikan Selangor lebih ke hadapan melaksanakan dasar berkebajikan negeri berbanding di peringkat Persekutuan.

“Barisan Nasional memang kerap tiru Selangor. Terbukti cara (dasar) Kerajaan Negeri adalah yang terbaik,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Umno, Tan Sri Noh Omar untuk memperlebar luas pelaksanaan Skim Smart Sewa di bawah dasar Perumahan Rumah Mampu Milik (PPR) di seluruh Selangor sekiranya berjaya menawan negeri pada pilihanraya depan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama wujud cadangan di peringkat Persekutuan untuk menggunapakai dasar sedia ada yang sudah dilaksanakan di Selangor.

Antaranya sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan Pusat 2018 memperkenalkan insentif skim yang dikenali sebagi Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, dasar ADAM 50 diciplak daripada program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang memperuntukkan bantuan kewangan kepada anak-anak negeri mendaftar di bawah program itu.

Selain itu, pembangunan infrastruktur di bawah pelan perancangan Off River Storage (ORS) turut didakwa ditiru sebagai inisiatif penjagaan sumber air negara.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Mekanisme sistem semakan Rumah Selangorku dikaji semula

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Negeri bersedia untuk mengkaji semula mekanisme sistem semakan permohonan rumah mampu milik, Rumah Selangorku.

Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanaannya dibuat supaya sistem berkenaan lebih bersifat mesra pengguna.

“Seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini, laman semakan perlu bersifat lebih mesra pengguna supaya ia memudahkan pemohon membuat semakan status permohonan.

Iskandar-DanaSel-featured“Mungkin, kita boleh selaraskan sistem ini dengan menambahbaik perkhidmatan melalui beberapa kaedah antaranya menghantar surat jawapan berhubung status permhonan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung mekanisme penyelarasan sistem permohonan Rumah SelangorKu di Dewan Negeri (DNS), di sini, hari ini.

Rumah Selangorku kian menjadi antara pelopor pasaran hartanah tempatan yang mula diintai untuk dimiliki rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun masih hijau dalam gelanggang perumahan juga hartanah, namun tawaran harga jualan Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000 seunit meyakinkan rakyat untuk memohon menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

rumah01Faktor perumahan dijalankan Institut Kajian Khazanah (KRI) mendedahkan Rumah Selangorku menawarkan tiga varian; jenis B dijual pada harga RM100,000 dengan keluasan 750 kaki persegi, jenis C dari RM150,000 hingga RM200,000 (800-1080 kaki persegi).

Sementara jenis D pada anggaran harga RM220,000 hingga RM250,000 berkeluasan 1,000 hingga 1,200 kaki persegi.

Pesaing terdekat Rumah Selangorku adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan tawaran harga jualan sehingga RM300,000

Daripada segi anggaran pendapatan, Rumah Selangorku dan PPA1M menjadi tumpuan golongan berpendapatan 0 hingga RM5,000 sebulan, sementara RUMAWIP dari 0 hingga RM10,000 sebulan.

Bagaimanapun, wujud dakwaan daripada pemohon yang mengalami kesukaran untuk menyemak status permohonan yang dibuat di laman sesawang, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri – Bank Rakyat bincang atasi masalah pembeli Rumah Selangorku

OLEH HAFIZAN TAIB

SAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama Bank Kerjasama (M) Rakyat Berhad (Bank Rakyat) dalam mengatasi masalah dihadapi pemohon memiliki Rumah Selangorku.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, perbincangan terbabit bagi membantu dan memudahkan pemohon mendapatkan pinjaman dengan penyediaan pinjaman 100 peratus kepada pihak berkelayakan.

“Ini mengambil kira keperluan bayaran deposit 10 peratus diperlukan pemohon dan kelayakan jumlah pinjaman dibenarkan.

“Perbincangan juga dibuat dengan Bank Negara di mana pihak berkenaan bersedia memberi program khidmat nasihat di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit bagi tujuan penstrukturan semula pembiayaan pinjaman pemohon.

Iskandar-DanaSel-featured“Ia bagi memudahkan pinjaman perumahan diberikan pertimbangan semula daripada pihak bank setelah penstrukturan semula dibuat termasuk isu berkaitan pinjaman pelajaran PTPTN dan kad kredit,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Datuk Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara – BN) yang bertanyakan jumlah permohonan Rumah Selangorku gagal membuat pinjaman adalah seramai 8,770 pemohon daripada 17,546 yang layak ditawarkan perumahan itu dari 2012 hingga kini.

Selajn itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menawarkan beberapa skim iaitu Skim Pembiayaan ‘Selangor Smart Home Buyers’ yang menawarkan Rumah Selangorku kepada pembeli rumah pertama dengan penyediaan bayaran pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah.

“Skim Dana Sel juga diwujudkan untuk membantu pembeli menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan untuk memiliki rumah pangsa kos rendah.

“Melaluinya peserta boleh membeli unit rumah dalam tempoh tidak melebihi 25 tahun pada harga asal bermula dari tarikh ia mula disewakan,” katanya.

rumah selangorku 2Katanya, Skim Smart Sewa pula membantu golongan berpendapatan sederhana menyewa sebelum mereka mampu membeli rumah di Selangor yang mana tempoh sewa adalah dua tahun dan maksimum lima tahun.

Beliau berkata, melalui program itu penyewa akan mendapat balik 30 peratus jumlah sewaan dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan ia boleh dijadikan wang pendahuluan untuk membeli Rumah Selangorku.

“Bagi 2017, Kerajaan Negeri menyediakan RM100 juta untuk memperluaskan lagi Skim Smart Sewa dan dijangka dapat membeli 800 ke 1,000 unit,” katanya.

-nR-