Categories
SELANGOR

Kursus penguatkuasa usaha Kerajaan Negeri martabat PBT

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 5 OKT: Kursus latihan penguatkuasa di Pusat Latihan Peguatkuasa Selangor (Pulapes) adalah sebahagian usaha Kerajaan Negeri memartabatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan), Dato’ Mazlan Md Noor, berkata program diikuti pembantu penguatkuasa PBT itu adalah bagi melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

PC (13 of 17)“Urus setia serta bantuan dari Jabatan Penguatkuasaan 12 PBT Selangor telah menggembleng kepakaran pelbagai pihak dan modulnya menggarap topik penting dalam pengurusan PBT yang perlu diketahui semua pembantu penguatkuasa.

“Setelah melalui proses pembelajaran, peserta dapat memahami seberapa luas ilmu dalam bidang pengurusan PBT yang bukan sahaja bermula dengan ilmu penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Penutup Kursus Asas Penguatkuasa PBT Selangor di Pulapes, Jugra, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Zamani Ahmad Mansor; Pengarah Pusat Latihan Awam Selangor, Dr Ahmad Sairi dan Komandan Pulapes, Muhamad Osman.

PC (8 of 17)Mazlan berkata, seramai 39 peserta mengikuti kursus latihan siri kedua itu didedahkan dengan pelbagai modul seperti pengetahuan asas undang-undang, tatacara kerja dalam penguatkuasaan PBT hingga ke modul menguji ketahanan fizikal.

“Tuan-tuan dan puan-puan semua adalah tenaga penggerak utama yang mampu membawa kegemilangan PBT Selangor sebagai satu pasukan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Selangor cadang tawar kursus penguatkuasa PBT seluruh negara

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 5 OKT: Kerajaan Negeri bercadang menawarkan kursus latihan penguatkuasaan kepada kakitangan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan), Dato’ Mazlan Md Noor, berkata perkara itu masih di dalam perancangan kerana Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (Pulapes) pernah mengendalikan kursus disertai penguatkuasa dari luar Selangor.

PC (1 of 17)“Selangor adalah salah satu negeri yang mempunyai pusat latihan penguatkuasaan yang lengkap.

“Maka, kita merancang membuka kursus latihan kepada PBT lain di luar Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berakhir Majlis Penutup Kursus Asas Penguatkuasa PBT Selangor di Pulapes, Jugra, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Mazlan berkata Kerajaan Negeri komited supaya anggota penguatkuasa di PBT seluruh Selangor mempunyai pengetahuan dan kemahiran diperlukan dalam menjalankan tugas.

PC (8 of 17)“Pegawai dan anggota penguatkuasa masa kini berdepan cabaran kian hebat dalam menjalankan tugas kerana masyarakat kini mempunyai banyak kemudahan mendapatkan maklumat melalui kemajuan teknologi,” katanya.