Categories
SELANGOR

Selangor cadang tawar kursus penguatkuasa PBT seluruh negara

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 5 OKT: Kerajaan Negeri bercadang menawarkan kursus latihan penguatkuasaan kepada kakitangan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan), Dato’ Mazlan Md Noor, berkata perkara itu masih di dalam perancangan kerana Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (Pulapes) pernah mengendalikan kursus disertai penguatkuasa dari luar Selangor.

PC (1 of 17)“Selangor adalah salah satu negeri yang mempunyai pusat latihan penguatkuasaan yang lengkap.

“Maka, kita merancang membuka kursus latihan kepada PBT lain di luar Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berakhir Majlis Penutup Kursus Asas Penguatkuasa PBT Selangor di Pulapes, Jugra, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Mazlan berkata Kerajaan Negeri komited supaya anggota penguatkuasa di PBT seluruh Selangor mempunyai pengetahuan dan kemahiran diperlukan dalam menjalankan tugas.

PC (8 of 17)“Pegawai dan anggota penguatkuasa masa kini berdepan cabaran kian hebat dalam menjalankan tugas kerana masyarakat kini mempunyai banyak kemudahan mendapatkan maklumat melalui kemajuan teknologi,” katanya.