Categories
SUKANKINI

Subahan Kamal Presiden FAS baru

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 FEB: Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia (MHC), Dato’ Seri Subahan Kamal secara rasminya dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi penggal 2017 hingga 2021.

Beliau merupakan bekas Naib Presiden FAS menggantikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang meletakkan jawatan selaku presiden Disember lalu.

Keputusan itu diumumkan selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung di Hotel Geno.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation, Datuk Seri Shahril Mokhtar pula dipilih sebagai Timbalan Presiden yang sebelum ini disandang Datuk Mokhtar Ahmad.

Pengurus Liga Super Selangor 2017, Abdul Rauf Ahmad dipilih menjadi Naib Presiden bersama Pengarah MSM Malaysia Holdings Berhad, Datuk Lim Thean Shiang, Nizam Sani dan K Palanisamy.

-nR-