Categories
NASIONAL

Kian Ming kecam Bung isu tweet ‘Long Live Hitler’

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 JULAI: Tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang memuat naik status Twitter memuji Adolf Hitler atas kemenangan pasukan Jerman menentang Brazil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia mendapat kecaman pelbagai pihak.

Terbaru, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dalam satu kenyataan turut mengkritik tindakan Bung yang terus mempertahankan tweetnya dan enggan memohon maaf walaupun status itu mengundang kemarahan ramai termasuk kedutaan Jerman di Malaysia.

Katanya, tweet berkenaan jelas menyinggung perasaan dan tidak boleh diterima terutama dilakukan seseorang yang bergelar Ahli Parlimen.

bung“Tweet Bung ternyata sangat menyinggung perasaan dan tidak boleh diterima, bahkan penolakannya untuk meminta maaf dan mempertahankan tindakan itu tidak boleh diterima,” katanya.

Kian Ming menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mendesak Bung untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta meletakkan jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa Pusat Umno dan Ahli Parlimen Kinabatangan.

Katanya, ia adalah sebagai tanda bahawa Najib adalah seorang Perdana Menteri yang menghargai reputasi antarabangsa Malaysia, Parlimen Malaysia dan parti UMNO.

Ong Kian Ming 01“Ramai ahli politik di negara demokrasi meletakkan jawatan kerana membuat kenyataan bersifat perkauman dan taksub.

“Disebabkan tidak mungkin Bung akan memohon maaf atau meletakkan jawatan atas kenyataan beliau, saya menyeru Najib untuk meminta Ahli Parlimen Kinabatangan ini secara terbuka memohon maaf dan memintanya meletakkan jawatan,” katanya.

Kecaman demi kecaman yang diterima Bung tidak menghalangnya untuk meneruskan jenaka hambarnya di Twitter berkenaan kekalahan pasukan Brazil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

Beliau terdahulu dikecam hebat, termasuk oleh duta Jerman ke Malaysia kerana menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler atas kemenangan negara itu ke atas Brazil.

Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak1Terbaru, beliau dalam tulisannya menerbitkan pula gambar coli yang dikenali dengan nama ‘bra’ dalam bahasa Inggeris untuk mengejek pasukan Brazil.

Bung berkata, “Saya merujuk kepada kekuatan pasukan bola sepak Jerman seperti pada zaman Hitler ketika memalukan Brazil 7-1”.

Tulisan Bung di Twitter yang mengaitkan Hitler itu turut mendapat liputan antarabangsa termasuk majalah Time yang melaporkan bahawa Ahli Parlimen berkenaan memuji Hitler atas kemenangan pasukan Jerman.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib, Kabinet dicabar bayar petrol sendiri tanpa ditanggung kerajaan

rafizi pc white stripes 03

Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuatĀ  cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

?Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.

?Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini,? katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Najib semalam memberi alasan kenaikan itu kononnya langkah rasionalisasi subsidi dan proses pengukuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana oleh kerajaan bertujuan memberi kesan positif kepada rakyat.

Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Pandan itu menolak alasan itu dengan membawa fakta bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan berganda kepada rakyat terutama golongan miskin.

Berdasarkan Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Kaji Selidik Isirumah 2009/2010, katanya, menunjukkan kenaikan itu memberi kesan lebih buruk kepada golongan miskin.

?Contohnya, golongan berpendapatan bawah RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus pendapatan untuk petrol dan diesel sahaja.

?Mereka yang bergaji lebih RM4,000 sebulan hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan mereka untuk hal sama,? katanya.

Beliau turut menyangkal kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan kenaikan itu tidak memudaratkan orang kampung kerana yang berkereta kebanyakannya orang kaya.

?Rakyat termasuk golongan miskin guna kerana bukan kerana pilihan tetapi keperluan,? kata Rafizi.