Categories
SELANGOR

MPSJ sumbang RM200 kepada golongan kurang berkemampuan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MEI: Seramai 360 penerima terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan golongan kurang berkemampuan akan menerima RM200 di setiap 24 JKP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Yang Dipertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan, berkata sumbangan program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB) itu bagi membantu golongan terbabit selaras dengan konsep kemasyarakatan setempat.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Majlis sumbangan ini akan diadakan pada 28 Mei depan di Kompleks 3K, SS13.

“Kita mahu golongan ini dibantu. Walaupun nilai tidak banyak, namun diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu golongan kurang berkemampuan ini,” katanya kepada pemberita.

Nor Hisham berkata, sumbangan itu turut mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan baik sedia ada antara MPSJ dan JKP serta penduduk.

“Ia membabitkan 15 penerima bagi setiap 24 JKP MPSJ,” katanya.

-AA-

MPSJ : Tangani tikus dengan burung pungguk

MPSJ dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan burung pungguk sebagai ejen biologi mengawal pembiakan tikus.