JURNAL BERITA: Jual aset negara bukti pengurusan kewangan buruk

1- Barang naik : BN memangsakan rakyat, tingkat kemalangan dan jenayah

2- Syarikat tidak berpengalaman punca longgokan sampah di MRR2

3- Bantuan jutaan ringgit untuk bencana luar negara tetapi Kuantan?

4- Mahfuz : Najib perlu letak jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara

5- MPS pantau kawasan mudah banjir di Rawang

6- Selangor bakal tubuh akademi badminton cungkil bakat baru

7- Perlembagaan Persekutuan jamin hak berhimpun

8- Kempen bantah KDN dapat sambutan tokoh luar negara

9- AKTIVITI YB: Kejohanan bola jaring bawah 19 tahun

Categories
NASIONAL SELANGOR

Bukit Botak : Jangan Terpedaya Tawaran Umno-BN

Zaidy Abdul Talib  Majlis Perbandaran Selayang 01

SELAYANG, 3 MEI : Penduduk Bukit Botak dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran Umno-BN yang berjanji untuk menurunkan harga kediaman itu daripada RM90,000 kepada RM70,000 sekiranya berjaya merampas Selangor dalam pilihan raya nanti.

Calon PAS DUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib menyifatkan ia adalah satu lagi siri janji pilihan raya Umno-BN yang diyakini tidak akan dikotakan kepada rakyat.

“Kita kecewa dengan Umno-BN yang memainkan penduduk Bukit Botak dengan berjanji untuk menurunkan harga kediaman yang siap dibina sedangkan semua tahu projek itu disiapkan Pakatan Rakyat (PR) setelah dibiarkan terbengkalai berpuluh tahun lamanya.

“Saya minta rakyat jangan sekali lagi terpedaya dengan janji sebegini. Saya mewakili PR merasa kecewa dengan tindakan Umno-BN untuk memenangi pilihan raya melalui cara ini,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu siri jelajah kempennya berjanji untuk menurunkan harga rumah projek Bukit Botak di Selayang sehingga RM 70,000 sekiranya BN diberi mandat menerajui Kerajaan Negeri.

Tawaran itu dibuat sebagai aku janji manifesto BN Selangor semasa beliau mengadakan program turun padang di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), baru-baru ini.