Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Ada pemimpin Melayu tidak tegas angkat Perlembagaan Persekutuan

BANGI, 26 OKT: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terdapat segelintir pemimpin Melayu yang tidak tegas mengangkat Perlembagaan Persekutuan yang antaranya menyentuh Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, dalam perkara yang menyentuh hak istimewa orang Melayu seperti bahasa, agama Islam dan kedudukan Raja-raja, para pemimpin Melayu mesti bertegas memastikan ia dilaksanakan dengan baik.

“Masalahnya ketegasan pimpinan. Bukan soal bahasa kebangsaan tetapi keengganan melaksanakan dasar bahasa dengan jelas.

“Sehinggakan saya lihat acara rasmi pun dimulakan dan sepenuhnya Bahasa Inggeris,” katanya ketika berucap merasmikan seminar Pembinaan Bangsa Malaysia di sini hari ini.

Tanpa menolak keperluan untuk menguasai bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, Anwar berkata : “Tetapi dalam acara-acara rasmi mesti tunjukkan kita serius (mengangkat Bahasa Melayu).”

Anwar turut mengutarakan keperluan menaikkan ekonomi setiap bangsa tanpa ada sentimen perkauman.

Beliau berkata, setiap bangsa perlu bersatu mengangkat martabat ekonomi dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah kemiskinan yang parah dalam kalangan Melayu Bumiputera dan sebahagian kecil kaum Cina dan India di estet.

Diminta mengulas kenyataan penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee yang menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebagai “bencana tidak terkawal’, Anwar ketika ditemui media kemudian berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan itu.

“Itu ahli akademik yang pada ketika rasuah berpuluh bilion, membisu. Dan sekarang nak kata keadaan tidak terkawal? Patut bicara apa yang patut kita lakukan.

“Mengapa boleh kita diam bila rompakan besar berlaku dan sekarang nak kita bercakap seperti jurucakap? Saya tidak setuju,” kata Anwar.

Di forum ‘Whiter Maruah Malaysia 2.0’, Lim dilaporkan berkata kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan semakin berkembang.

“Buat masa ini, adalah jelas pasca PRU14 sebagai bencana, ia merupakan satu bencana sepenuhnya bagi pembaharuan dari mana-mana aspek atau cara pun anda melihat.

“Pendidikan, tadbir urus, hubungan kaum, hubungan agama, kegagalan daripada Icerd, Zakir Naik, Kongres Maruah Melayu dan banyak lagi. Senarai kekecewaan dan kegagalan politik terus meningkat,” kata Lim.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat

NILAI, 1 JUL: Perlembagaan Persekutuan telah membentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat dalam mengawal negeri-negeri dengan pelbagai cara termasuk dalam hal pindaan perlembagaan, kata pakar undang-undang perlembagaan, Profesor Emeritius, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Shad Saleem, penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, berkata kuasa meminda Perlembagaan adalah sebahagian besarnya milik Parlimen kecuali dalam tiga bidang seperti termaktub dalam Perkara 2 (b), Perkara 159 dan Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata tiga bidang tersebut ialah Perkara 2 (b) melibatkan pengubahan sempadan mana-mana negeri, Perkara 161E (perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan negeri Sabah dan Sarawak) dan ketiga, kedaulatan Raja atau mana-mana 10 topik yang disebut dalam Perkara 159 (5) seperti kedudukan agama Islam dan kewarganegaraan.

“Hanya tiga bidang ini perlu mendapatkan persetujuan insitusi atau pihak berkuasa di luar Parlimen dan sekiranya tidak, negeri-negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pindaan perlembagaan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk: “Hubungan Negeri dan Persekutuan di Malaysia” pada Persidangan Fahaman Persekutuan di Malaysia: Mentakrif Semula Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia, di sini, hari ini.

Persidangan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini bertujuan menggalakkan pemahaman dan wacana yang lebih luas, serta membolehkan generasi Malaysia masa kini menghargai visi para pengasas negara dan kaitan fahaman persekutuan dalam persekitaran zaman sekarang.

Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sementara itu, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, dalam kertas kerja berjudul: ‘Sebuah Nota Prakemerdekaan Negeri Sembilan Menerusi Kaca Mata Fahaman Persekutuan dan Perlembagaan’, berkata salah satu tujuan fahaman persekutuan adalah untuk mencapai perpaduan dan memelihara kepelbagaian​​​​​​​ negeri-negeri persekutuan.

Penceramah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata perpaduan dan kepelbagaian penting dalam prinsip persekutuan kerana fahaman persekutuan mengungkapkan dan menyalurkan dua kekuatan sosial iaitu kekuatan perpaduan dan daya memelihara perbezaan.

“Idea perpaduan dalam kepelbagaian dalam susunan perlembagaan, saya rasa relevan dalam konteks Negeri Sembilan sebagai salah satu negeri dalam persekutuan. Berbanding dengan negeri-negeri lain di Persekutuan, Negeri Sembilan mempunyai keunikan budaya dan tradisi yang berbeza.

“Secara umum diketahui keunikan itu berasal daripada tradisi Adat Perpatih. Negeri-negeri lain dalam Semenanjung mengamalkan Adat Temenggung. Ini menunjukkan bagaimana konsep fahaman persekutuan membenarkan pengekalan adat dan tradisi di negeri-negeri,” katanya. – BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Perjuangan untuk rakyat Sabah, Sarawak tetap diteruskan – Liew

KUALA LUMPUR, 10 APR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, beliau tidak akan berputus asa dan akan meneruskan perjuangan untuk rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak susulan kegagalan usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata tindakan segelintir anggota Parlimen yang tidak mengundi bagi kelulusan pindaan itu merupakan satu tindakan tidak wajar dan merugikan rakyat.

“Saya tidak akan putus asa, perjuangan rakyat akan diteruskan sampai penghujung pindaan ini. Saya harap bahawa rakyat dapat lihat apa yang telah dilakukan pihak pembangkang hari ini (semalam).

“Ini akan disejarahkan di mana generasi kita boleh lihat bahawa mereka telah menolak usul ini. Saya amat sedih kerana ini peluang keemasan untuk kita mengembalikan status ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, malam tadi.

Usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963, gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat malam tadi.

Ini selepas Rang Undang-Undang (RUU) itu kekurangan 10 undi untuk memperoleh sokongan majoriti; 148 undi daripada 222 anggota Parlimen iaitu dua pertiga persetujuan anggota Dewan Rakyat.

Sementara itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melahirkan kekecewaan atas kegagalan pindaan berkenaan kerana ia telah sekian lama dinantikan rakyat Sabah.

“Anda boleh bayangkan, dalam perkara yang sangat penting kami tidak boleh bersetuju dan mengundi untuknya apatah lagi perkara-perkara lain. Sudah 55 tahun, kami menanti dalam masa yang sungguh lama … kami tidak mengatakan kami perlu terburu-buru tetapi ini sudah 55 tahun, ini sangat penting,” kata beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna.

Dalam pada itu Mohd Shafie berkata, Sabah tetap akan meneruskan tuntutan yang dibuat sebelum ini seperti tuntutan royalti minyak 20 peratus, walaupun melihat usaha mendapatkan tuntutan itu akan lebih berliku berikutan kegagalan pindaan Perlembagaan Persekutuan malam tadi.

– BERNAMA

JURNAL BERITA: Jual aset negara bukti pengurusan kewangan buruk

1- Barang naik : BN memangsakan rakyat, tingkat kemalangan dan jenayah

2- Syarikat tidak berpengalaman punca longgokan sampah di MRR2

3- Bantuan jutaan ringgit untuk bencana luar negara tetapi Kuantan?

4- Mahfuz : Najib perlu letak jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara

5- MPS pantau kawasan mudah banjir di Rawang

6- Selangor bakal tubuh akademi badminton cungkil bakat baru

7- Perlembagaan Persekutuan jamin hak berhimpun

8- Kempen bantah KDN dapat sambutan tokoh luar negara

9- AKTIVITI YB: Kejohanan bola jaring bawah 19 tahun

Categories
NASIONAL

Anwar : PR akan teruskan bantahan besar-besar pindaan PCA

anwar pc -2013

KUALA LUMPUR 3 OKTOBER :  Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah pelaksanaan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) walaupun diluluskan kerajaan Umno-BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mempergiatkan penerangan kepada rakyat pindaan PCA melalui penganjuran kempen, forum dan dialog ke seluruh negara kesan pelaksanaannya kelak.

“Kita akan terus membantah baik dalam Parlimen mahupun di luar untuk memberi penerangan kepada rakyat betapa terdesaknya kerajaan tentang pelaksanaan akta ini.

“PR berpendirian undang-undang ini rakus dan akan disalahgunakan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegas Anwar, langkah kerajaan meluluskan PCA terbukti satu tindakan yang angkuh serta mengenepikan prinsip-prinsip keadilan sejagat.

Katanya lagi, pindaan PCA ternyata melanggar Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli hak asasi manusia.

Anwar turut menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian tetap dan lemah menghadapi tekanan sehingga terpaksa bersetuju dengan undang-undang baru ini.

“Ini pembohongan terang-terangan yang kedua terhadap janji Perdana Menteri pada 16 September 2011 apabila Datuk Seri Najib Razak mengatakan untuk memendekkan tempoh tahanan pencegahan dan memperluaskan peranan mahkamah.

“Termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang sekaligus menamatkan penahanan tanpa bicara,” jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, kerajaan sebelum ini meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dan kini pindaan PCA 2013.

Jelasnya, undang-undang sekalipun bertujuan baik untuk mencegah jenayah tidak boleh dipertahankan apabila ia mengenepikan prinsip-prinsip keadilan dan mencabul hak-hak asasi yang diperakui dunia.

“Pindaan PCA kini memperuntukkan Seksyen 19A yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Malah Seksyen 15A dilihat menafikan semakan kehakiman di mana-mana mahkamah.

“Hakikatnya masalah jenayah di Malaysia memang serius, Pakatan Rakyat tiada berkompromi dalam soal pembanterasan jenayah, namun ia perlu ditangani dengan berkesan secara profesional oleh pasukan polis.

“Langkah-langkah paling berkesan ialah melaksanakan 125 syor-syor yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005,” katanya.

-MEM-

Categories
NASIONAL

Kritikan N Surendran bukan bermaksud ancam kedudukan Bumiputera

niknazmi-&-surendran

SHAH ALAM 17 SEPTEMBER :  Kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran berhubung kritikannya terhadap Program ‘Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera’ bukan bermaksud untuk menidakkan keperluan memperkasakan masyarakat Bumiputera dan institusi seperti MARA dan TEKUN, tegas Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, apa yang dipertikaikan oleh N Surendran ialah pendekatan dan rekod UMNO-BN yang gagal dalam memperkasakan Bumiputera selama ini.

Nik Nazmi merujuk komen Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, di Utusan Malaysia pada 15 September yang mendakwa tidak mustahil PKR akan menghapuskan agensi-agensi yang mendahulukan Bumiputera sekiranya memerintah negara ini.

Nik Nazmi berkata, Khairy dan rakan dalam Umno gagal memahami rakyat boleh menyokong pemerkasaan ekonomi Bumiputera namun kritis terhadap bagaimana Kerajaan ini ? malah mana-mana kerajaan pun ? melaksanakannya agenda itu.

“Sewajarnya juga rakyat mampu untuk menggesa kerajaan membantu semua yang rakyat miskin dan terpinggir tanpa mengira kaum, dan tidak dilabel sebagai penghasut mahupun pengkhianat,” katanya.

Tambah Nik Nazmi, komen Khairy itu menggambarkan corak lebih besar di kalangan elit Umno-BN yang menganggap diri mereka kebal dari sebarang kritikan.

“Malang sekali cubaan Khairy bertopengkan Perlembagaan Persekutuan bagi menjustifikasikan pendekatan kerajaan yang kontroversi terhadap pemerkasaan Bumiputera yang nampak hanya memberi manfaat kepada sekelompok kecil,” kata beliau.

Nik Nazmi berkata, Najib Razak sendiri mengakui bahawa masyarakat Bumiputera masih mempunyai banyak cabaran sebelum mereka dapat berdikari dari segi ekonomi.

“Najib juga menyebut bahawa ini untuk ?membalas budi? sokongan Bumiputera terhadap BN pada pilihan raya yang lepas ? gambaran yang jelas kejahilan beliau terhadap kerajaan berperlembagaan dan demokrasi.

“Yang mengundang ketidakpuashatian semua rakyat tidak mengira kaum ialah negara terus terperangkap takuk lama kerana kegagalan kerajaan,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan medianya.

Jelas Nik Nazmi, ketika negara menyambut Hari Malaysia ke-50, Umno terus menerus memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan persengkataan antara kaum dan agama.

“Adalah merisaukan bahawa rakyat terpaksa menerima seorang Menteri Belia dan Sukan yang kononnya ?terbuka? dan ?sederhana?, tetapi nampaknya tidak memahami Perlembagaan meskipun menuduh pihak lain jahil.

“Ini mengingatkan kita kepada zaman Khairy menghunus keris dahulu,” kata Nik Nazmi.

Tambah Nik Nazmi, pada 2007, Anwar Ibrahim mencipta sejarah dan menggerakkan wacana negara ke hadapan apabila beliau mengumumkan Agenda Ekonomi Malaysia.

Visi berani untuk Malaysia ini menggabungkan dasar yang mengiktiraf kebolehan dan tindakan afirmatif tanpa mengira kaum sebagai langkah untuk menjadi negara maju.

“Najib cuba meniru idea tersebut dengan pengumuman 1Malaysia dan Model Ekonomi Barunya, namun kedua-duanya terbukti hanyalah kata kosong yang gagal menyatukan rakyat dan membawa kemakmuran untuk semua.

“Adakah Khairy berani berdebat ? dasar mana yang lebih baik ? dasar berasaskan kaum atau tindakan afirmatif tanpa mengira kaum,? ” soal Nik Nazmi.

Wanita bertudung mesti bebas dari diskriminasi

yeo bee  yinSHAH ALAM 11 SEPTEMBER : Mana-mana syarikat tidak boleh mendiskriminasikan wanita-wanita yang bertudung dalam proses pengambilan kerja atau perlantikan jawatan, tegas Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, majikan sepatutnya menghormati hak kakitangan melaksanakan tuntutan agama dan tidak wajar pihak majikan memaksa mereka untuk meninggalkan tuntutan itu.

“Pihak syarikat patut mengambil pekerja mereka berasaskan merit dan kecekapan,” kata Bee Yin dalam kenyataan medianya.

Baru-baru ini tersebar status Facebook seorang wanita, Mira Kamil, tersebar luas apabila beliau berkongsi pengalamannya didiskriminasi hanya kerana beliau bertudung.

Beliau mendakwa tidak diterima bekerja di beberapa kedai bertaraf antarabangsa di KLCC hanya kerana beliau melaksanakan tuntutan agamanya.

“Syarikat perlu melayan calon pekerja mereka secara adil dan saksama dalam proses pengambilan kerja,” kata Bee Yin.

Jelas Bee Yin, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.

Malahan tidak boleh juga berlaku diskriminasi dalam pelantikan kepada jawatan atau pekerjaan.

“Ekonomi akan mendapat manfaat apabila syarikat bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi dengan pekerja terbaik diambil bagi menguruskan syarikat,” kata beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dakwat Kekal : Kerajaan Digesa Bertindak, Pengerusi SPR Nafi Kenalan Pembekal – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 17072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang.Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Seorang individu yang didakwa mendapat kontrak pembekalan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dinamakan
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di Dewan Rakyat semalam.

2. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini menafikan bahawa beliau dan
timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan kenalan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan pada
Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

3. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dilaporkan berkata penubuhan suruhanjaya seperti
Suruhanjaya Bebas Aduan & Salah Laku Polis (IPCMC) adalah kaedah kepolisan moden serta selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.

4. Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) berpendirian kerajaan tidak seharusnya mengimport ayam dari luar khususnya dari
China berikutan negara mempunyai bekalan mencukupi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ketua Pembangkang Selangor Terkedu Gagal Kemuka Fakta

Samsuddin Lias Sungai burong

SHAH ALAM, 1 JULAI: Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias terkedu apabila diminta menyatakan mana-mana perkara daripada Perlembagaan Negara atau undang-undang negara ini yang menghalang rakyat negara ini melakukan protes terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu.

Sebaliknya apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS, Paya Jaras) beliau (Shamsudin) cuba berdalih.

“Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?” soal Khairuddin selepas diberikan laluan untuk mencelah.

“Ia hanya secara prinsip saya sahaja,” jawab Shamsudin ringkas ketika membahaskan titah ucapan DYMM Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini.

Sebelum itu, Shamsuddin dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya.

Shasudin turut mengecam pemimpin politik yang terlibat dengan perhimpunan aman #Blackout505 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.

Menurut Shamsudin kedua-dua tindakan tersebut sebagai tidak menghormati undang-undang negara.

Shamsudin sekali lagi tidak terkata apa-apa apabila Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meminta beliau menjelaskan samada hak rakyat untuk berhimpun secara aman itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Categories
NASIONAL

Pendakwaan Dibawah Akta Hasutan Pilih Kasih, Zalim

tian haris tamrin akta hasutan 01

SHAH ALAM 30 MEI : Pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadap seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan empat aktivis semalam adalah zalim kerana akta tersebut berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, ahli Pas Thamrin Ghafar dan aktivis Hariz Fathillah Mohamed Ibrahim, Safwan Anang dan Hishamuddin Rais didakwa di mahkamah seksyen kerana kenyataan mereka di sebuah forum pada 13 Mei.

Bahkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui akta tersebut menyekat kebebasan bersuara dan berjanji untuk menghapuskan akta tersebut.

Peguam Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan menggunakan hakikat akta itu bercanggah dengan Perlembagaan sebagai asas untuk membatalkan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Menurut Gobind lagi, kata-kata yang dituturkan oleh ketiga-tiga tertuduh sama-sekali tiada unsur hasutan.

“Apa yang disebut atau dikatakan merupakan perkataan-perkataan menghasut itu memang tidak menghasut seperti sedia ada,” kata Gobind yang juga MP Puchong.

Kelima-lima individu tersebut dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Jalan Duta semalam.

Mereka didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum 13 Mei, di Kuala Lumpur, 13 Mei lepas.

Mereka mengaku tidak bersalah dan Hakim Norsharidah Awang membenarkan mereka diikat jamin RM 5,000 setiap seorang. Pendengaran kes ditetapkan pada 2 Julai.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan tiga tahun atau didenda RM 5,000 atau kedua-duanya.

Gobind menyifatkan pendakwaan yang dilakukan ke atas lima individu tersebut bukan sahaja menentang Perlembagaan bahkan juga bersikap pilih kasih.

“Ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dimana kita menyatakan akta hasutan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.”

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tolak Pemecatan Guru Bermotif Politik

SHAH ALAM, 26 NOV –  Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi.

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Katanya, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

“Jawi juga gagal memberi sebab yang munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

“Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.

Pada 15 September 2012, Qatrun Nada menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada 24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.

Notis yang diterima beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Qatrun Nada kemudiannya menghantar surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.

Sebelum itu, beliau juga menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lalu.

Dalam panggilan tersebut individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pada 22 Oktober, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau. Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.

Mohd Faris juga mengecam tindakan Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

“Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Insan menggesa pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.

“Tindakan Tatatertib itu juga penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit.