Categories
NASIONAL SELANGOR

21 keluarga warga emas dapat sumbangan DUN Sri Muda

Adun Sri Muda Suhaimi Shafei 01

SHAH ALAM 19 SEPTEMBER: Suhaimi Shafei berkesempatan mengadakan kunjungan dan menyampaikan barangan keperluan harian kepada 21 keluarga warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda.

Program Ziarah Kasih Warga Emas itu bertujuan bertanya khabar dan membantu meringankan bebanan golongan berkenaan.

Suhaimi berkata, setiap bantuan perlu dilakukan secara menyeluruh selain memastikannya sampai kepada penerima tanpa mengira kaum dan keturunan.

“Program menziarahi ke rumah ini bukan semata-mata menyampaikan sumbangan malah ia memberi ruang kepada penduduk mengutarakan masalah setempat, contohnya masalah pemparitan serta jalan yang berlubang.

“Selaras dengan slogan meneruskan kecemerlangan selangor justeru setiap lapisan masyarakat kita raikan,” katanya sambil menyatakan program sejak Ramadan itu akan diteruskan ke seluruh kampung.

Dalam lawatan dua hari itu, Suhaimi melawat ke 21 rumah sekitar Kampung Baru Hicom, Jalan Kebun, Flet SriĀ  Proton, Seksyen 27, Alam Megah dan Bukit Naga.

Rata-rata warga emas gembira dengan kehadiran Suhaimi dan mengakui bersyukur pemimpin setempat mengambil berat tentang keadaan warga emas.