Categories
NASIONAL

Anwar nasihat penyokong jaga adab, jangan ada provokasi

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 29 OKT: Pasukan peguambela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram, hari ini, selesai memberikan penghujahan.

Difahamkan esok, Ram Karpal Singh akan meneruskan baki penghujahan dan diikuti pasukan pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil giliran untuk berhujah pada sebelah tengah hari.

Dijangkakan prosiding penghujahan akan berakhir pada 31 Oktober ini.

IMG_4353Selepas lebih lapan jam di mahkamah, Anwar akhirnya meninggalkan Kompleks Istana Kehakiman sambil ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarga lain serta barisan peguam dan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Anwar bagaimanapun sempat berucap seketika di hadapan penyokong dan terus meninggalkan perkarangan mahkamah kerana mempunyai urusan keluarga.

Dalam kenyataan ringkas, beliau menasihatkan penyokongnya supaya menjaga adab dan tingkah laku selain berbincang dengan polis tanpa melakukan sebarang provokasi.

“Terima kasih atas pengorbanan dan Insya Allah dapat diselesaikan dengan baik serta berdoa. Kawal sikit (perangai) jangan ada provokasi, ikut arahan ketua.

“Saya dah kata masalah bukan dengan polis. Setiap kali ada masalah runding segera dengan baik.

“Jangan ada buat provokasi. Kalau ada (masalah) kita runding.

“Esok (penghujahan) bersambung semula. Jika ikut undang-undang, kita tiada masalah,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Polis enggan benarkan penyokong DSAI berteduh bawah khemah

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 29 OKT: Situasi sedikit tegang termasuk lontaran telur ke arah polis berlaku membabitkan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar pagar perkarangan Kompleks Istana Kehakiman, di sini.

IMG_4370Kedua-dua pihak saling bertegang leher hingga mengakibatkan petugas media terkena balingan telur berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku disebabkan keinginan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berteduh di bawah khemah memandangkan cuaca mula redup dan dikhuatiri hujan akan turun.

Situasi semasa yang pada awalnya tenang bertukar kecoh, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail dalam usaha berunding dengan polis untuk mendapatkan kebenaran berteduh di bawah khemah.

-NFN-

‘Baru sebut Kajang Move, mahkamah terus tukar tarikh bicara’

http://tv.selangorku.com

Kegagalan BN menangani masalah inflasi DSAI