Categories
EXCO SELANGOR

Air Selangor bantu agih 3,000 air botol di DUN Batu Tiga

SHAH ALAM, 21 OKT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan kira-kira 3,000 air botol minuman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga bagi meringankan beban penduduk.

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail berkata pihaknya mengambil maklum dan prihatin gangguan bekalan air yang berlaku hingga menjejaskan kehidupan harian penduduk khususnya di kawasan DUN.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Air Selangor serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang membantu menghantar lori tangki air bersih di sekitar kawasan DUN Batu Tiga.

“Justeru, penduduk dinasihatkan supaya berhemah ketika menggunakan air,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut menasihatkan masyarakat untuk sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Sejumlah 1,077 atau 83 peratus dari 1,292 kawasan terjejas menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 6 pagi.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor, pada Ahad lalu.

Susulan itu, 1.2 juta akaun pengguna meliputi wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Categories
ADN SELANGOR

KISS dan mammogram IPR paling popular di DUN Batu Tiga

SHAH ALAM, 1 FEB: Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Mammogram adalah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) paling popular di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga kata EXCO Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan itu mendapati jumlah penerima bantuan yang membuat pemeriksaan mammogram di Hospital KPJ Shah Alam semakin bertambah.

“Disebabkan sambutan menggalakkan, tempoh pemeriksaan dipanjangkan sehingga jam 10 malam, ia sekali gus memberi peluang kepada mereka yang sibuk pada waktu pagi menjalani pemeriksaan di malam hari.

“Sementara itu, sambutan menggalakkan program KISS juga dapat dilihat kali ini. Lebih meriah apabila kuota penerima bantuan itu ditambah 700 bagi DUN Batu Tiga,” katanya selepas Program Pendaftaran IPR di Dewan Teratai Seksyen 19, di sini, hari ini.

Pada Belanjawan Selangor 2020, Skim Kesihatan Wanita Selangor diwujudkan dan antara dilaksanakan menerusi program itu ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang mengkhususkan pemeriksaan mammogram percuma bagi wanita berusia 35 tahun ke atas.

Categories
SELANGOR

DUN Batu Tiga ringankan perbelanjaan 25 pelajar ke universiti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OKT: Anak muda di DUN Batu Tiga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti bertuah kerana selain menerima bantuan RM1,000 dari Kerajaan Negeri, mereka juga menerima bantuan permulaan sebanyak RM500 daripada Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail.

Rodziah berkata, bantuan RM500 diberikan itu, mampu meringankan beban bakal mahasiswa membuat persiapan sebelum mendaftar di tempat pengajian.

Program YB Rodziah sampaikan kerusi roda (9)“Sekarang memang musim pendaftaran Universiti. Sebenarnya apa diberi ini tambahan kepada Skim Hadiah Anak Masuk Universiti oleh Kerajaan Negeri.

“Persediaan masuk Universiti ini tinggi hingga ada yang tiada duit tambang. Biasanya pendapatan golongan ini cukup-cukup sahaja tetapi bila ada isu tambahan seperti anak nak masuk Universiti atau cukai kereta mati membuatkan mereka tak ada duit,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa Pertama dan Sumbangan Golongan Memerlukan yang diadakan di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Tiga, Seksyen 23, di sini, semalam.

Selain 25 menerima bantuan melanjutkan pelajaran ke universiti, Rodziah turut menyampaikan bayaran fasa pertama khairat kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada 16 penerima, sumbangan kewangan kepada dua masjid, dua kuil dan empat lagi penerima kerusi roda.

EZY

4,000 meriahkan rumah terbuka Aidilfitri DUN Batu 3

Sambutan Aidilfitri Dun Batu 3 meriah dengan kehadiran lebih 4,000 orang.

Categories
SELANGOR

4,000 meriahkan rumah terbuka Aidilfitri DUN Batu 3

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 9 OGOS: Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Batu 3 berlangsung meriah dengan lebih 4,000 penduduk hadir memeriah majlis yang berlangsung di Stadium JKR Seksyen 17, di sini, semalam.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata pemilihan stadium itu bersesuaian dengan sambutan hebat rakyat berdasarkan peningkatan kehadiran tahun-tahun sebelumnya.

IMG_3423“Pemilihan stadium ini juga bertujuan memberi keselesaan kepada hadirin untuk menjamu selera dan beramah mesra.

“Alhamdulillah kita berjaya mengembirakan rakyat di sini dengan sambutan ini setelah mereka tertekan dengan krisis ekonomi dan kepimpinan yang hebat melanda negara ini,” katanya.

Majlis yang berlangsung jam 8 malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama, Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Pada majlis sama, Rodziah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 200 kanak-kanak.

Hadirin disajikan dengan lebih 16 menu yang disediakan 30 vendor makanan antaranya Nasi Briani, Sate Ayam, Bihun Sup, Apam Balik, Murtabak, Chempedak Goreng dan Ais Krim.

MB AzminSelain itu, 30 cabutan bertuah turut disediakan khusus untuk hadirin dengan pelbagai hadiah termasuk perkakasan elektrik dan hemper makanan.

Kesempatan sama diraih Rodziah sepenuhnya dengan membuka kaunter program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dalam usaha meningkatkan pendaftaran disamping mendokong usaha Kerajaan Negeri melebarkan nikmat kebajikan kepada rakyat.

“Kita juga ambil peluang ini untuk tidak ketinggalan membuka ruang kepada rakyat untuk memberi titipan semangat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sediakan 3,000 kad untuk rakyat bertanya khabar terus kepada Anwar yang kini didalam penjara,” katanya.

Tidak ketinggalan, 15 waris bagi peserta Skim Mesra Usian Emas (SMUE) yang meninggal dunia sepanjang Ramadan lalu turut menerima sumbangan fasa pertama RM1,500.

EZY