Categories
SELANGOR

DUN Selat Klang anjur Majlis pelajar cemerlang

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MAC: DUN Selat Klang mengambil inisisatif menghargai pelajar di kawasanya dengan mengadakan satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2016.

Menerusi laman facebook ADNnya, Dr Halimah Ali berkata, pihaknya menjemput pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dengan kelayakkan minima bagi UPKK (8A), PSRA (Mumtaz), UPSR (4A), SMA/SMU (Mumtaz), PT3 (7A), STAM (Mumtaz), STPM (CGPA 3.3) dan SPM (7A) untuk mendaftar di pejabatnya bagi memperoleh anugerah.

“Majlis anugerah ini dibuka khas untuk pelajar yang tinggal di dun ini sahaja.

Dr Halimah Ali“Mereka hanya perlu memohon di Pejabat ADN Selat Klang dengan membawa salinan slip peperiksaan, salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa serta pengesahan alamat sebagai warga Selat Klang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, permohonan perlu dihantar ke pejabat ADN Selat Klang selewatnya pada 31 Mac ini.

Sebelum ini, pada tahun lalu, seramai 209 pelajar menerima anugerah pelajar cemerlang termasuk enam penerima anugerah Best Of The Best (BOTB) bagi DUN Selat Klang.

-nR-