Categories
NASIONAL

Dr Xavier Jayakumar (PKR) – Fokus Calon PRU 13


Sinopsis

Dr Xavier Jayakumar (PKR) – N49 Seri Andalas

Dr Xavier merupakan penyandang Dun Sri Andalas yang dimenangi pada PRU 12 lalu dengan majoriti 10,203 undi.Beliau juga merupakan penyandang exco kerajaan negeri Selangor dan sebelum ini merupakan antara pelopor dalam pembentukan NGO Suaram.

N49 mempunyai 56,806 pengundi berdaftar. PRU13 menyaksikan N49 terlibat dalam pertembungan lima penjuru yang juga melibatkan calon bebas dan pemimpin Hindraf P. Uthayakumar,T.Mohan (BN),Hanafiah Husin (Bebas) dan S.Kottappan (Bebas)

Categories
SELANGOR

Lagi 300 Warga Emas Menyertai Jom Shopping Sri Andalas

KLANG, 26 APR : Selama hampir 50 tahun, Ismail Abdullah, 69, merasa beliau tidak mendapat apa-apa faedah daripada pemerintahan Kerajaan Umno-BN Selangor.

Tetapi hari ini di bawah Pakatan Rakyat, situasi itu berubah apabila beliau dibawa oleh pejabat DUN Sri Andalas untuk membeli belah di Econsave Kampung Jawa di sini bawah program ?Jom Shopping?.

“Alhamdullilah, pakcik bersyukur sangat diberi baucer RM100 untuk membeli barang-barang keperluan rumah,” kata penduduk Kota Raja ini ketika ditemui.

Seorang lagi peserta program itu Jayabal Naidu, 73, berkata peruntukan itu dapat mengurangkan beban yang ditanggung olehnya kesan kenaikan harga barang runcit masa kini.

“Jika tiada bantuan ini, saya mungkin berfikir banyak kali jika ingin membeli sesuatu barang dan RM100 diberikan ini ternyata membantu saya,” ujarnya yang tinggal di Kampung Jawa.

Seramai 300 orang warga emas mengambil bahagian dalam program Jom Shopping Sri Andalas sudah memasuki fasa ke-11. menurut pegawai penyelaras Skim Mesra Usia Emas (SMUE) DUN Sri Andalas, Adaikalam Selvamary atau lebih dikenali sebagai ?Mary?.

Adaikalam berkata sehingga kini, seramai 1,400 warga emas sudah menyertai program Jom Shopping DUN Sri Andalas.

Selain itu, Salmah Ibrahim, 63, mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan dan keprihatinan kerajaan negeri membantu warga emas di Selangor.

“Sejak kerajaan ini diambil alih, terdapat banyak faedah yang dinikmati oleh semua rakyat,” katanya yang tinggal di kampung Dagang Jati.

Program Jom Shopping yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bermula tahun lalu terus mendapat sambutan menggalakkan di kalangan warga emas tanpa mengira latarbelakang politik, bangsa dan agama.

Melalui program ini, warga emas berusia 60 tahun keatas yang telah berdaftar di bawah SMUE diberikan baucer sebanyak RM100 untuk membeli belah di pasaraya terpilih.

ends