Categories
SELANGOR

Durokovic : Pemain lama dan baru sandaran Selangor musim depan

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 17 NOV : Gandingan muka baru dan lama akan memperkukuhkan barisan pemain pasukan Selangor pada musim 2014 ini bagi melakar episod baru pasukan itu.

4094Ketua Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic,48, berkata beliau bertekad untuk mengembalikan martabat ‘The Red Giants’ sebagai gergasi bola sepak tanah air.

Durakovic mengikat kontrak tiga tahun bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata,beliau akan cuba menampilkan corak permainan menarik dan terbaik setiap kali pemain Selangor beraksi.

“Tapi saya tidak janji apa-apa. Saya hanya mahu Selangor kembali digeruni.

“Apa yang boleh saya katakan, kami ” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Durakovic berkata, beliau meletakkan sasaran pada tahun hadapan mengambil pendekatan selamat dan hanya memberitahu pasukannya akan mengambil serius setiap kejohanan yang disertai termasuklah Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Saya perlu ambil masa untuk bentuk pasukan. Saya tidak mahu terburu-buru kerana masih dalam proses mengenali pemain.

“Apa pun, saya yakin dengan bantuan P Maniam (Pembantu Jurulatih), Selangor berupaya muncul sebagai pencabar,” katanya.

Selain itu katanya, Selangor kini sedang merangka persiapan bagi perlawanan pra musim sebelum bermulanya saingan Liga-M, tahun hadapan.

“Saya mempunyai enam hingga tujuh minggu untuk nilai pemain. Keutamaan saya ialah mengenali corak permainan pemain sebelum membentuk formasi dan mencorakkan pasukan Selangor.

“Dengan bantuan Maniam dan pihak pengurusan, saya percaya Selangor mampu kembali seperti di zaman kegemilangannya,” katanya.

Durakovic yang menggantikan Irfan Bakti Abu Salim selepas bekas jurulatih itu bertindak melepaskan jawatan dalam saingan Piala Malaysia 2013.

Pemain kelahiran Australia ini pernah menyarungkan jersi skuad Gergasi Merah sejak 1995 sehingga 1998.

Antara kejayaan manis ketika pengendali berusia 48 tahun itu bersama Selangor adalah beliau berjaya membantu pasukan itu menjulang tiga kali Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997.

Sementara itu Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad, berkata senarai akhir skuad Selangor 2014 akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

“Tetapi seperti yang ramai maklum, dua pemain Brazil – penyerang Paulo Rangel dan pemain tengah Junior Aparecido bakal menyertai Red Giants.

“Seorang lagi pemain import akan memenuhi kuota import seramai tiga orang,” kata beliau.

Kata Mokhtar, antara pemain yang bakal membentuk tulang belakang pasukan musim 2014 ialah Farizal Marlias, Rizal Fahmi Rosid, Nazri Ahmad, A Thamil Arasu dan Hazwan Bakri manakala kembali ke Selangor ialah Hamsani Ahmad dan Abdul Hadi Yahya.

Daripada skuad 2013, antara yang kekal ialah Bunyamin Umar, K Gurusamy, S Kunanlan, Raimi Mohd Nor, Fitri Shazwan Raduwan dan Shukur Jusoh.