Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumbawa, Indonesia

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumbawa, Indonesia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 6.31 pagi waktu tempatan itu berlaku 356 kilometer selatan dari Bima, Indonesia.

Menurutnya gempa yang berlaku pada kedalaman 23km itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Kepulauan Vancouver

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Vancouver di Kanada pada 11.36 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 510 kilometer (km) barat dari Vancouver, pada kedalaman 10km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa Irian Jaya, Indonesia

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada 8.11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, gempa bumi itu berpusat 332 kilometer (km) timur laut dari Sorong, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat landa Filipina

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 9.11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 20 kilometer barat dari Digos, Filipina pada kedalaman 10 kilometer.

Selain itu, MetMalaysia turut melaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda wilayah utara Laut Maluku, pada 1.29 pagi tadi.

Gempa itu berlaku kira-kira 128 kilometer barat laut dari Ternate, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, kedua-kedua gempa tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat landa Mindanao

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala Richter melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 9.04 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan ia berlaku di 27 kilometer (km) barat Digos City dengan kedalaman 10km.

Koordinat gempa ialah 6.8° utara 125.2° timur, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa berukuran 5.3 skala Richter gegar Sumatera

JAKARTA, 11 OGOS: Dua gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera, Indonesia pada pagi Aidiladha.

Gempa berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku 9.11 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di km222 Tenggara Enggano-Bengkulu.

Ia susulan gempa berukuran 5.3 pada skala Richter yang berlaku 4.11 pagi tadi, berpusat di km93 barat daya Pariaman-Sumatera Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), kedua-dua gempa itu tidak berpotensi tsunami.

Gempa itu turut menggegarkan kawasan Padang, Bukit Tinggi, Mentawai dan Pesisir Selatan.

Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi: Letak sudu dalam gelas

JAKARTA, 3 OGOS: Gempa bumi terbaharu semalam di Banten, yang turut menggegarkan kota Jakarta, menimbulkan trauma, panik dan kebimbangan warga kota yang didiami lebih 10 juta orang itu.

Warga kota Jakarta yang berada di dalam bangunan dan rumah, bergegas keluar, dan trauma itu berterusan dengan kebimbangan berlakunya gempa susulan lebih kuat malam tadi, yang memungkinkan berlakunya impak besar.

Pesanan mesej berantai kemudiannya tersebar luas melalui aplikasi media sosial: “letak sudu dalam gelas sebelum tidur”.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), dua gempa susulan berlaku, selepas gempa bermagnitud 7.4. skala Richter di Banten pada 7.03 petang semalam, iaitu bermagnitud 5.6 skala Richter pada 11.10 malam dan 4.4 Skala Richter pada 12.22 malam di wilayah Banten.

Dipetik media tempatan berkaitan mesej berantai untuk meletakkan sudu atau garpu dalam gelas sebelum tidur itu, Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Rahmat Triyono, berkata ia sesuatu yang rasional supaya mereka yang sedang tidur terdengar bunyi dentingan sudu atau garpu jika berlaku gempa bumi.

“Ya, kalau berlaku gempa bumi yang kuat, sudu atau garpu yang diletakkan dalam gelas kaca pasti bergoncang dan berbunyi.

“Ia bisa mengejutkan mereka yang tidur, sebagai amaran untuk berevakuasi atau letakkan gelas di tepi meja yang akan jatuh dan mengejutkan mereka yang tidur,” katanya.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Gempa bumi sederhana gegar Barat Laut kepulauan Ryukyu

 

KUALA LUMPUR, 13 JUL : Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Barat Laut Kepulauan Ryukyu, Jepun pada jam 8.57 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini, hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 239 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 350km utara dari Naha, Jepun.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat landa Tenggara Honshu, Jepun

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di Tenggara, Honshu, Jepun pada pukul 12.39 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa itu terletak 641km selatan dari Hamamatsu pada kedalaman 444 km.

Tiada ancamanan tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Categories
GLOBAL NASIONAL

Gempa bumi sederhana gegar Malang dan Jawa Selatan

JAKARTA, 19 FEB: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan tenggara daerah Malang, Jawa Timur awal pagi ini.

Gempa berpusat di 159 kilometer (km) tenggara daerah Malang itu berlaku pada jam 2.30 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, gegaran gempa itu dirasakan di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Setakat ini, belum ada laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Jawa Selatan kira-kira jam 3.30 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian gempa dengan kedalaman 10km itu berlaku pada jarak 209km selatan dari Blitar, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

*Sumber: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Gempa bumi 5.6 magnitud di Kashmir

SRINAGAR, 6 FEB: Gempa bumi berukurann 5.6 magnitud melanda kawasan berhampiran utara negeri Jammu dan Kashmir, India, semalam.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), gegaran itu berlaku di kawasan yang terletak kira-kira 118 kilometer di barat laut bandar Srinagar.

Katanya, gegaran itu dirasakan kira-kira jam 10.17 malam, semalam selama beberapa saat, sekali gus menyebabkan penduduk setempat meninggalkan kediaman masing-masing.

Bagaimanapun tiada maklumat kecederaan atau kerosakan diperolehi, setakat ini.

*Sumber: Reuters

Categories
GLOBAL

Gempa bumi sederhana gegar Laut Banda

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Laut Banda di Kepulauan Mauku Indonesia, pada jam 1.07 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian gempa dengan kedalaman 104 kilometer (km) itu berlaku 408 km tenggara dari Ambon, Indonesia.

Insiden sama pernah berlaku sebelum ini, iaitu sekitar Disember.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

*Sumber: BERNAMA