Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana landa Selat Sunda, Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada 7.27 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyebut gempa itu berlaku di kedudukan 191 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 72 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat landa Sumatera pagi ini

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.29 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 84 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Gempa bumi lemah 3.3 skala Richter landa Semporna

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Semporna, Sabah pada 10.01 pagi tadi.

Dalam kenyataannya di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 14 km barat dari Semporna, Sabah.

Jabatan itu juga berkata berdasarkan penilaian awal, gegaran mungkin turut dirasai penduduk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan ketika dihubungi berkata
pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung gegaran akibat gempa.

Bagaimanapun tinjauan Bernama mendapati segelintir penduduk di beberapa kawasan di daerah
Kunak dan Lahad Datu memberitahu mereka merasai gegaran berkenaan.

Seorang penduduk Lahad Datu, Ardy Amat berkata dia dapat merasai gegaran itu yang berlaku
kira-kira lima saat ketika berada di Dewan Plasma MPOB.

“Saya sedang berdiri ketika gegaran itu berlaku, tetapi saya ingat itu cuma perasaan saya
sahaja, tetapi sebaik laporan (Jabatan) Meteorologi keluar, saya rasa betul itu gegaran gempa
bumi,” katanya.

Penduduk Kunak, Muhd Aiman Aziz juga mengaku merasai gegaran itu.

“Rasa gegaran dalam beberapa saat sahaja, tapi tidak kuat,” katanya, menambah ketika
kejadian dia sedang menonton televisyen.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana landa selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter berlaku di selatan Lautan Hindi pada 10.15 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa itu berlaku di kedudukan 1,212 kilometer barat daya dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami pada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Gempa bumi sederhana 4.7 skala Richter landa Kudat, Sabah

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Gempa bumi sederhana berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Kudat, Sabah, pada 9.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak pada koordinat 6.92 darjah utara dan 116.37 timur dengan kedalaman 629 kilometer (km), kira-kira 47 km barat Kudat.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi kuat landa Jepun, tidak ancam Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun, pada pukul 11.51 malam semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 28.6 darjah utara dan 128.5 darjah timur dengan kedalaman 213 kilometer (km) kira-kira 279 km utara dari Naha, Jepun.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana gegar Indonesia, Malaysia tidak terkesan

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana di Indonesia, Malaysia tidak terancam

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 9.06 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 332 kilometer tenggara dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat 7.3 skala Richter landa Maluku, Indonesia

JAKARTA, 6 MEI: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 skala Richter, menggegarkan kawasan barat laut kepulauan Maluku, Indonesia.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku jam 8.53 malam waktu Indonesia barat, berpusat di 180 kilometer (km) barat laut Maluku Tenggara, di kedalaman 133km di Laut Banda.

BMKG menyatakan gempa itu tidak berpotensi berlakunya tsunami.

Setakat ini belum diketahui impak gempa itu, di kawasan kepulauan berkenaan.

-BERNAMA

Grafik Sumber: Malaysian Meteorological Department
Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Malaysia kongsi rasa sedih korban gempa bumi kuat di Turki

KUALA LUMPUR 25 JAN: Malaysia berkongsi kesedihan dengan rakyat Turki yang dikejutkan dengan kejadian gempa bumi kuat pada awal pagi hari ini sehingga mengorbankan nyawa, termasuk ramai yang cedera, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia sedia menawarkan bantuan kepada negara itu jika diperlukan.

“Rakyat Malaysia bersama dengan rakyat Turki dalam tempoh sukar ini dan bersedia menawarkan bantuan disebabkan malapetaka ini.

“Doa saya bersama dengan mereka yang cedera dan keluarga mereka yang kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.8 skala Richter itu berlaku di Timur Turki pada 1.55 pagi tadi (waktu Malaysia).

Gempa berpusat di bandar kecil Sivrice di wilayah timur Elazig itu sekurang-kurangnya mengorbankan 18 mangsa dan lebih 500 cedera serta menyebabkan runtuhan bangunan dan mencetuskan keadaan panik penduduk.

Categories
GLOBAL

18 maut gempa bumi kuat magnitud 6.8 landa Turki

TURKI, 25 JAN: Sekurang-kurangnya 18 maut dan lebih 500 cedera apabila gempa bumi kuat melanda Timur Turki pada jam 1.55 pagi waktu Malaysia.

RT NEWS melaporkan gegaran dilaporkan pada kekuatan 6.8 skala richter menyebabkan bangunan runtuh dan memaksa orang ramai melarikan diri.

Gegaran itu turut dirasai sejauh sempadan Syria, Lebanon, Armenia dan Iran.

Kira-kira 60 gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi kuat itu yang berpusat 77 kilometer (km) timur dari Malatya, Turki pada kedalaman 10 km.

Pihak berkuasa Turki menghantar bantuan kecemasan ke kawasan terjejas pada masa sama suhu jatuh bawah 0 darjah celsius.

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi kuat, gegaran turut dirasai di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter mengguncang utara Sumatera, Indonesia pada 2.05 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 67 kilometer (km) tenggara dari Simeulue, Indonesia pada kedalaman 37km.

Kenyataan itu menyebut gegaran turut dirasai sekitar Pulau Pinang, namun ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA