Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa di Filipina tidak jejaskan rakyat Malaysia

PUTRAJAYA, 30 SEPT: Wisma Putra mengesahkan tiada laporan berhubung rakyat Malaysia yang terjejas ekoran gempa bumi di Jose Abad Santos, selatan Filipina, semalam.

Laporan media menyebut gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina, pada Ahad pagi.

Menurut Philippine Institute of Volcanology and Seismology (PHIVOLCS), tiada kerosakan besar dilaporkan tetapi gempa bumi itu dijangka mengakibatkan beberapa gempa susulan.

“Kementerian Luar memantau perkembangan berikutan gempa bumi itu,” menurut kenyataan kementerian berkenaan hari ini.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di Davao City.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Gempa Filipina: Dua cedera, beberapa bangunan rosak

MANILA, 1 MEI: Sekurang-kurangnya dua cedera selain beberapa bangunan mengalami kerosakan serta gangguan bekalan elektrik ekoran gempa berkekuatan 6.8 skala richter menggegar Filipina, kelmarin.

Pihak berkuasa memaklumkan gempa tersebut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang mana kebanyakan daripada mereka sedang nyenyak tidur.

GEMPA FILIPINAPerkhidmatan Geologi Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran gelombang ombak bahaya di Mindanao dan Indonesia selepas gegaran tersebut berlaku pada jam 4.23 pagi (waktu tempatan), namun amaran tsunami ditarik balik kurang dua jam selepas insiden itu.

Sementara itu, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan bacaan gegaran itu adalah 7.2 skala Richter dan pusat gempa terletak kira-kira 53 kilometer di luar pantai selatan Mindanao. – AFP