Categories
SELANGOR

Hentian bas Greenwood, SPAD diminta buka ruang perbincangan

Oleh: AFEEQA AFEERA

GOMBAK, 24 FEB: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) diminta membuka ruang perbincangan bersama orang ramai berhubung arahan penutupan hentian bas Greenwood, dekat sini, yang akan berkuatkuasa mulai 8 Mac ini.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata ia berikutan hentian bas berkenaan yang sudah beroperasi sejak sekian lama cukup sinonim dengan perjalanan menghala ke Pantai Timur.

TBS_ArrivalKatanya, arahan penutupan hentian itu secara rasmi dikeluarkan SPAD dua minggu lalu dan mula mendapat bantahan daripada orang ramai.

“Berikutan keputusan SPAD untuk memindahkan hentian ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), ia menyukarkan kebanyakan pengguna kerana selama ini menggunakan hentian bas Greenwood untuk menuju ke Pantai Timur.

“Saya dimaklumkan ada dua alasan besar yang diberikan SPAD iaitu sudut keselamatan dan gangguan lalu lintas,” katanya kepada Selangor Kini.

hasbullah gombak setia 16 mei 01Hasbullah berkata, setakat ini lebih 700 tandatangan sudah dikumpulkan untuk membantah penutupan hentian bas Greenwood, sejak pagi tadi.

“Kita minta pertimbangan SPAD kerana ada pihak yang bersedia untuk menaiktaraf kawasan itu supaya lebih selamat dan tidak mengganggu lalu lintas,” katanya.

-NFN-