Categories
SELANGOR

Dedah insentif lembaga pengarah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 NOV: Insentif seperti gaji, elaun dan kemudahan diterima ahli lembaga pengarah anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) wajar didedahkan dan ia selaras dengan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) 2011 Selangor, kata Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama).

“Kita bukan mahu tahu pendapatan bulanan tetapi insentif lain diterima mereka kerana ia milikan penuh Kerajaan Negeri, maka ia milik rakyat.

Yeo Bee Yin damansara utama 01“Tetapi, kita diberitahu ia tak boleh didedahkan ekoran tertakluk kepada Seksyen 14 enakmen kebebasan maklumat. Mengapa kita biarkan akta sama mengekang pendedahan maklumat sebegini,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau turut menggesa pendedahan sama berhubung insentif diterima Dato’ Menteri Besar dalam GLC.

“Saya percaya dengan ketelusan yang diangkat Dato’ Menteri Besar dan yakin jawapan memuaskan akan diberi.

“Kita bukan seperti persekutuan yang langsung tidak berani meluluskan FOI di Dewan Rakyat,” katanya menjawab celahan Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil).

Shahrum mendakwa, FOI Selangor mempunyai kelemahan dan tidak sempurna seperti dihebahkan sejak ia diluluskan.

-NFN-

SELCAT siasat isu penyelenggaraan PPR 3 Mac ini

Sinopsis: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Hannah Yeoh berkata SELCAT mahu melihat penggunaan dana yang peruntukkan untuk pelenggaraan PPR