Categories
SELANGOR

7,000 peserta dijangka sertai Larian Menjunjung Kasih 2017

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 1 DIS : Dijangka 7,000 peserta menyertai Larian Menjunjung Kasih Jambatan ketiga Klang 2017 bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, acara larian itu berlangsung serentak dengan Kayuhan Menjunjung Kasih yang julung kali diadakan, pada 17 Disember ini.

“Dua program anjuran Kerajaan Negeri ini memberi peluang kepada generasi muda Selangor untuk bersukan disamping menghidupkan rasa kasih dan peduli rakyat kepada Institusi Kesultanan Selangor.

“Penganjuran program kali ini istimewa kerana diadakan di Jambatan ketiga Klang iaitu Jambatan Raja Muda Nala yang dirasmikan pada 19 November lalu oleh DYMM Sultan Selangor,” katanya dalam sidang media di Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, di sini, semalam.

Dua acara itu dijadualkan bermula seawal 7.30 pagi dengan pelepasan akan disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Larian membabitkan jarak 10 kilometer (KM) untuk Kategori (A) Terbuka Lelaki, Kategori (B) Terbuka Wanita, Kategori (C) Lelaki Veteran (40 tahun ke atas), Kategori (D) Wanita Veteran (40 tahun ke atas) dan Kategori (D) ‘Family Fun Run’ (13 tahun ke atas) dengan jarak 5 KM.

Selain itu, terdapat dua pilihan yuran penyertaan bagi kategori larian 10KM iaitu RM50 serta 5KM iaitu RM40 untuk ‘Family Fun Run’ dengan setiap peserta akan mendapat T-Shirt dan Medal.

Amirudin Shari berkata, program dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu juga masih dibuka kepada umum untuk pendaftaran sehingga 12 Disember bagi acara larian dan 11 Disember untuk kayuhan.

“Orang ramai yang berminat boleh mendaftar secara atas talian di www.racexasia.com,” katanya.

Sementara itu, hadiah wang tunai hampir RM8,000 secara keseluruhannya menanti pemenang.

Sembah Tahniah dan Ucap Selamat Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke 70

Sembah Tahniah dan Ucap Selamat Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 70

Categories
ESELANGORKINI

Selangorkini Edisi Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-70


Selangorkini Edisi Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-70

3,000 meriahkan Larian Menjunjung Kasih Sultan Selangor


Larian Menjunjung Kasih Gen-S sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-70 berlangung meriah dengan penyertaan lebih 3,000 peserta.