Categories
GLOBAL

Trump mohon dana RM33.5 bilion pulih kesan Taufan Harvey

WASHINGTON 2 SEPT: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta Kongres meluluskan dana awal pemulihan bernilai AS$7.85 bilion (RM33.52 bilion) untuk membantu pembangunan semula mangsa banjir di Texas.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Pengarah Bajet Rumah Putih, Mick Mulvaney, dalam surat kepada Speaker Dewan, Paul Ryan, menjelaskan kegagalan menaikkan had pinjaman yang dijangka dicapai penghujung bulan ini bakal menghalang permintaan seterusnya untuk mendapatkan dana bantuan.

Katanya, dana itu termasuk AS$7.4 bilion (RM31.60 bilion) untuk disalurkan kepada Agensi Pengurusan Dana Bantuan Kecemasan Persekutuan dan AS$450 juta (RM1.9 bilion) untuk program pinjaman pentadbiran perniagaan kecil kepada mangsa.

Harvey2“Permintaan ini adalah bayaran muka terhadap komitmen presiden untuk membantu memulihkan semula negeri yang terjejas dan keperluan permintaan untuk pembangunan jangka masa panjang,” katanya.

Trump dijangka mengemukakan permohonan AS$5.95 bilion (RM25.41 bilion) untuk usaha pemulihan selepas Taufan Harvey menenggelamkan Houston dan beberapa bahagian di Texas.

Rumah Putih berkata, ia bakal mengemukakan beberapa permintaan daripada Kongres untuk menyalurkan dana untuk tujuan pemulihan mangsa Harvey.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Umat Islam Houston terus bantu mangsa taufan Harvey

HOUSTON 2 SEPT: Masyarakat Islam Houston membuka puluhan pusat kemasyarakatan dan menghantar beratus-ratus sukarelawan untuk membantu menyediakan tempat perlindungan kepada pendudukterjejas ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa taufan Harvey di seluruh Texas.

Pusat-pusat Islam dan masjid menyediakan makanan dan memberikan sumbangan kepada penduduk tanpa mengira kaum walaupun ketika umat Islam di bandar ini menyambut perayaan Aidiladha, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Persatuan Pemimpin Islam Greater Houston dalam kenyataan berkata, penduduk yang diberikan perlindungan di pusat berkenaan tidak dipindahkan walaupun umat Islam terpaksa menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan tempat letak kereta.

bedPara pemimpin Islam menegaskan apa yang dilakukan adalah sesuai dengan sambutan Aidiladha yang menggalakkan umatnya berkorban seperti kesediaan Nabi Ibrahim SAW untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi menunaikan perintah Allah SWT.

Dianggarkan lebih 200,000 orang Islam tinggal di kawasan bandar Houston yang dibadai taufan Harvey sejak awal minggu ini.

Sehingga kini, 44 orang dilaporkan terbunuh dan lebih daripada satu juta penduduk di kawasan Pantai Teluk di Texas terpaksa dipindahkan.

=EZY=