Categories
NASIONAL

Pengulas sukan terkenal Hasbullah Awang meninggal dunia

SHAH ALAM, 12 FEB: Pengulas sukan terkenal tanah air, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, pada jam 12.17 tengahari tadi.

Hasbullah, 63, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN, sejak minggu lalu.

hasbullahAllahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Memetik Malaysia Kini, jenazah Hasbullah akan dikebumikan di Seksyen 32, Jalan Kebun, di sini.

Allahyarham adalah pengulas acara sukan terkenal tanah air dan antarabangsa, bahkan menjadi antara individu yang sering ditemuramah dalam memberikan pandangan berkenaan kualiti sukan tempatan terutama bola sepak.

Kehilangan Allahyarham pastinya dirasai penggemar sukan tanah air yang meminati gaya ulasannya yang tersendiri.

Categories
SELANGOR

Selangor mampu bangkit dengan syarat tak biar pemain ‘dicuri’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 JAN: Pasukan Liga Super Selangor mampu menemui sentuhan kemenangan sang juara yang dimiliki mereka sebelum ini dalam jangka masa dua tahun, kata pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang.

Hasbullah berkata, namun jangkaan itu sukar menjadi kenyataan jika pemain yang dibentuk pasukan dengan jolokan ‘red giant’ berkenaan mudah dicuri pasukan lain seperti yang berlaku pada pra-musim kali ini.
bola“Dulu boleh dikatakan hampir semua pemain handalan berkumpul di Selangor seperti ketika di bawah bimbingan Datuk Harun Idris iaitu 90 peratus pemain negara berada di sana tetapi sekarang terbahagi kepada pasukan lain.

“Kalau musim lalu di tempat kedua, saya rasa Selangor akan berada di pertengahan pada musim ini sama ada kelima hingga kelapan.

“Sesuatu yang teruk sedikit tetapi andai ada usaha yang dilakukan untuk membentuk pasukan itu semula dan memastikan pemain tidak dicuri pasukan lain saya rasa mungkin boleh kembali dua tahun akan datang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pasukan Selangor akan berhadapan tekanan hebat ekoran kehilangan tiga bintang handalan iaitu S Kunalan dan Farizal Marlias yang dipancing JDT serta Paulo Rangel yang dipikat Terengganu musim ini.

hasbullah awangKatanya, kehilangan pemain handalan itu akan menyebabkan pasukan Selangor agak tempang bagi mencari idea bagaimana untuk mengatur serangan ke kubu lawan.

“Saya rasa Selangor hadapi tekanan cukup besar dan penyokong mereka juga sudah memperlihatkan keraguan terutama dengan kehilangan tiga bintang utama.

“Selangor adalah pasukan yang mempunyai karekter kemenangan kerana mereka juara Piala Malaysia 32 kali dan ia sesuatu yang sukar ditandingi sesebuah pasukan tetapi dalam kancah Liga Super sekarang tak seperti dulu,” katanya.

-NFN-