Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Amy Search ahli pertama Kelab HeForShe

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 MAC: Penyanyi rock ternama, Amy Search menjadi ahli pertama bagi Kelab HeForShe yang dilancarkan sempena Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017 peringkat Kerajaan Negeri di Geno Hotel Subang Jaya, baru-baru ini.

Pengumuman itu disampaikan Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dalam majlis yang turut dihadiri Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, Kelab HeForShe akan merancakkan kempen kefahaman jantina dan memberi kesedaran kepada lelaki untuk melindungi serta menghormati wanita.

“Program ini adalah program bertaraf dunia yang turut disertai dan disokong artis luar negara dengan memberi sokongan serta memperjuangkan hak kaum wanita.

“Saya rasa semua orang khususnya lelaki perlu menyertai kelab ini dan kempen #BeBoldForChange atau #BeraniUntukBerubah demi mencapai kesaksamaan jantina selain melindungi mereka khusunya orang terdekat seperti ibu, isteri dan anak perempuan,” katanya kepada SelangorKini.

CP2A0101Katanya, wanita seharusnya diberikan hak sewajarnya dengan kredibiliti kerana golongan itu memainkan peranan penting dalam kehidupan juga negara.

“Sebagai lelaki, adalah wajar untuk kita memastikan persekitaran selamat bagi wanita dan anak serta berani menghentikan segala bentuk penindasan juga diskriminasi.

“Dalam sesebuah negara, jika mementingkan hak dan mempertahankan kaum wanita, saya pasti negara itu akan menjadi baik,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Selangor salur RM50,000 jayakan HeForShe

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 MAC: Sekurang-kurangnya RM50,000 diperuntukan Kerajaan Negeri bagi tujuan kempen dan program advokasi HeForShe di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kempen itu diukur dengan bilangan ‘sign up’ atau tandatangan komitmen HeFoShe dengan mensasarkan golongan lelaki berbanding wanita.

DAROYAH DNS 2016“Kerajaan Negeri merancang dan merangka program dan kempen berkaitan bagi tujuan tersebut memandangkan kesedaran awam ini merupakan satu proses yang panjang,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Kempen HeForShe yang dilancarkan adalah bertujuan memberi kesedaran awam kepada masyarakat terutama golongan lelaki untuk memahami kepentingan untuk bersama-sama mencapai kesaksamaan gender.

Sehingga 23 Mac 2016, seramai 1,302,116,780 orang diseluruh dunia menandatangani komitmen HeForShe.

Daripada jumlah itu, seramai 2,276 orang rakyat Malaysia menandatangani iaitu seramai 1,893 orang lelaki (83.2%) dan 330 orang wanita (14.5%), manakala 53 lain-lain (2.3%).

-nR-

Categories
SELANGOR

HeForShe bukti komitmen Selangor martabat wanita

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 MAC: Pelaksanaan program HeForShe menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri mengangkat martabat wanita menjadi tunggak pembangunan Selangor.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program khusus untuk mengangkat wanita itu juga memerlukan keterlibatan kaum lelaki untuk menjayakannya.

AZMIN DNS 2016“Saya menyambut baik saranan Batu Tiga, memang benar program ini dari United Nation (UN) bagi menyelesaikan isu wanita yang bukan sahaja dibahaskan kaum wanita tetapi juga perlu diangkat kaum lelaki.

“Selaras dengan ucapan dalam Belanjawan 2016, saya mahu Kerajaan Negeri menunjukkan komitmen semua pihak termasuk lelaki untuk memberikan kesedaran awam selain mempertahan dan memperjuangkan wanita.

“Berkenaan dengan program khusus, program ini perlu direncana dan membahaskan secara bersama dalam mencari penyelesaian,” katanya yang menjawab pertanyaan dari Rodziah Ismail (KEADILAN- Batu Tiga).

Mohamed Azmin memberikan contoh kepimpinan dalam Kerajaan Negeri yang dijawat wanita iaitu Pegawai Daerah Sepang dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

“Tiada masalah kerana kepimpinan Kerajaan Negeri kerana kita ‘subscribe gender’ yang berkualiti dengan dua kepimpinan tertinggi wanita di Selangor.

“Saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri ‘subscribe gender quality’ dan ia diterima baik dalam menghormati peranan kaum wanita,” katanya.

Beliau percaya proses berterusan menghayati peranan wanita dapat dilaksanakan dengan seadilnya.

-nR-