Categories
NASIONAL

Ayuh turun ke KL 1 Mei, bantah GST

SHAH ALAM, 30 APRIL: Rakyat diseru turun ke Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), penyalahgunaan kuasa termasuk hakim dan mahkamah serta penyelewengan rasuah yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR turut menyatakan komitmen bersama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) serta seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk menyertai Himpunan Tindakan Rakyat, pada 1 Mei ini.

“Kita turun bersama untuk mempertahankan rakyat, berhimpun secara aman dalam semangat demokratik yang tinggi,” katanya.

wan azizah kapar speech 01Himpunan 1 Mei berkenaan akan turut disertai puluhan NGO yang akan berarak dan bergabung di Dataran Merdeka daripada KLCC, Sogo, Masjid Negara, Brickfields dan Dataran Maybank, Pudu yang bergerak dari semua lokasi mulai jam 2 petang.

“PKR percaya kewujudan pelbagai penguatkuasaan cukai seperti dicadangkan pentadbiran BN adalah satu perkara besar yang membawa kesan mendalam kepada rakyat.

“BN tidak seharusnya menghukum rakyat apabila mereka gagal mengatasi kelemahan kerajaan, khususnya pada isu asas seperti kebocoran dana dan kegagalan urus tadbir yang baik,” katanya dalam kenyataan media.

Wan Azizah berkata, sebagaimana penegasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Pakatan Rakyat bangkit menentang GST, TPPA, berleluasanya gejala rasuah, ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan Kerajaan BN kerana mengakibatkan rakyat menanggung beban.

“PKR bertegas, selagi tidak wujud perubahan ketara yang menjadi jurang antara golongan kaya dengan miskin, PKR bersungguh-sungguh menentang GST.

himpinan 1 MEI“Ia kerana dalam keadaan inflasi yang masih tinggi secara berterusan, pelaksanaan GST dalam masa terdekat dijangka akan menambah bebanan sara hidup rakyat,” katanya.

Sementara itu, Penganjur Demonstrasi Bantah Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 Mei esok memutuskan untuk tidak menjadikan padang Dataran Merdeka sebagai lokasi terakhir himpunan.

Mereka merancang untuk berkumpul di depan Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata berdasarkan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad semalam, polis akan memberikan kerjasama dengan menutup Jalan Raja sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

 

Categories
SELANGOR

AMK Selangor kerah 10,000 anak muda sertai Himpunan 1 Mei

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 APRIL: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengerahkan 10,000 anak muda untuk turun himpunan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 Mei ini.

Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri, berkata mobilisasi ke arah itu akan digerakkan secara aman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“AMK negeri akan mobilisasi anggota dalam 10,000 orang,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

azmizam luar pc 01Sebelum ini, penganjur himpunan 1 Mei bagi membantah GST tidak berganjak daripada rancangan awal menjadikan Dataran Merdeka sebagai destinasi akhir yang dijadual bermula dari KLCC dan akan bergerak ke Dataran merdeka di ibu negara.

Jurucakap penganjur, S Arutchelvan mempertahankan tindakan itu atas alasan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman.

“Pihak kami mengadakan himpunan dan sambutan Hari Pekerja selaras dengan peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Negara iaitu hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya.

Sementara itu, Pas Malaysia (PPM) pula menggerakkan 50,000 anak muda untuk turun pada himpunan itu dengan Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam.

PAS-for-All“PPM memberi jaminan walaupun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman. PPM dengan bantuan tenaga AMAL dan Pemuda PAS memastikan tindakan provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan dielakkan.

“Sebaliknya, peserta himpunan akan mematuhi arahan pemimpin himpunan dan bersurai dengan aman sebaik ia selesai dijayakan,” kata Setiausaha PPM, Mohd Nasai Ismail.

Perhimpunan 1 Mei adalah satu acara tahunan dianjur sejak 20 tahun lalu dan misi perhimpunan kali ini adalah untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menarik balik perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada April 2015.

-NFN-