Categories
NASIONAL

Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Reaksi tidak senang pelayar laman sosial Facebook terhadap Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berterusan selepas kemunculan terbarunya dalam ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’.

Selepas muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal tragedi kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia  (MAS) MH370, majoriti rakyat Malaysia terus membidas perbuatan Ibrahim yang disifatkan tidak relevan dan ada di kalangan mereka menyifatkan khurafat.

Ahmad Naqib berkata, dia pelik dalam zaman serba canggih masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai bomoh kerana hanya kebanyakan masyarakat dahulu yang terdedah kepada amalan itu.

bomoh“Orang jahil dan bodoh sahaja percaya kepada dia (bomoh). Kalau tidak percaya, tengok kes sihir dan hasad dengki, sampai menggunakan bomoh,” katanya.

Bagi Malik Yasin, rakyat Malaysia harus berhenti daripada memberikan perhatian kepada kumpulan sebgeitu.

“Kita patut berhenti membuatkan orang bodoh terkenal,” katanya.

Sementara itu, Muhd Arif dengan nada jenaka melahirkan rasa geram dan ingin mematahkan teropong yang digunakan bomoh ketika upacara ritual.

Pada masa sama, ada di kalangan pelayar laman sosial terbabit mendoakan supaya Ibrahim diberikan hidayah oleh Allah SWT supaya tidak meneruskan amalan berkenaan.

bomoh 2“Doa je..biar Allah bagi hidayah, biar dia cepat-cepat taubat sebelum ajal tiba,” kata Maria Sue.

Ibrahim yang turut digelar ‘Bomoh 1Malaysia’ sebelum ini menggemparkan negara dengan ritual pencarian pesawat MH370 di KLIA dengan menggunakan tikar, bubu, dan dua biji buah kelapa.

Peralatan terbabit hanya menjadi bahan jenaka sehingga mengakibatkan negara mendapat kritikan hebat daripada media antarabangsa  termasuk dalam paparan berita Al Arabiya yang mendakwa rakyat Malaysia menggunakan sihir sebagai usaha menyelesaikan misi kehilangan kapal terbang.

Tidak cukup dengan itu, Ibrahim turut bertikam lidah dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sehingga ingin menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya.

Namun ,sehingga hari ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab membawa Ibrahim ke KLIA sehingga menimbulkan kontroversi yang disifatkan memalukan negara.