JURNAL BERITA – Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

1. Hasil kredibiliti 5 tahun, Abdul Khalid percaya ahli PKR beri sokongan

2. Perpustakaan Selangor lancar khidmat u-Pustaka, kaedah segera cari bahan bacaan

3. Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

4. Kak Wan utamakan Kajang, belum umum bertanding Pemilihan PKR

5. Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi

6. ADUN Sungai Pinang salur RM20,000 beli 100 basikal, atasi masalah kesesakan

7. SYABAS lanjut catuan air hingga 30 April

8. Pemilihan PKR 2014 : Pertembungan Anwar, Azizah jawatan Presiden

9. Pembeli Taman Kencana kesal, pemaju naik harga rumah terbengkalai

10.Hanya kawasan masalah pam, tinggi lewat terima sambungan bekalan air

11.Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang meragukan, kementerian perlu umum segera

12.Rakyat Sarawak teruja, kagum kejayaan pengurusan Selangor

13.MBSA anjur Advokasi Denggi, kaedah tingkat kesedaran masyarakat

14.MBPJ tingkat aspek keselamatan, lancar tempat letak kereta khas wanita

Categories
NASIONAL

Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Reaksi tidak senang pelayar laman sosial Facebook terhadap Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berterusan selepas kemunculan terbarunya dalam ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’.

Selepas muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal tragedi kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia  (MAS) MH370, majoriti rakyat Malaysia terus membidas perbuatan Ibrahim yang disifatkan tidak relevan dan ada di kalangan mereka menyifatkan khurafat.

Ahmad Naqib berkata, dia pelik dalam zaman serba canggih masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai bomoh kerana hanya kebanyakan masyarakat dahulu yang terdedah kepada amalan itu.

bomoh“Orang jahil dan bodoh sahaja percaya kepada dia (bomoh). Kalau tidak percaya, tengok kes sihir dan hasad dengki, sampai menggunakan bomoh,” katanya.

Bagi Malik Yasin, rakyat Malaysia harus berhenti daripada memberikan perhatian kepada kumpulan sebgeitu.

“Kita patut berhenti membuatkan orang bodoh terkenal,” katanya.

Sementara itu, Muhd Arif dengan nada jenaka melahirkan rasa geram dan ingin mematahkan teropong yang digunakan bomoh ketika upacara ritual.

Pada masa sama, ada di kalangan pelayar laman sosial terbabit mendoakan supaya Ibrahim diberikan hidayah oleh Allah SWT supaya tidak meneruskan amalan berkenaan.

bomoh 2“Doa je..biar Allah bagi hidayah, biar dia cepat-cepat taubat sebelum ajal tiba,” kata Maria Sue.

Ibrahim yang turut digelar ‘Bomoh 1Malaysia’ sebelum ini menggemparkan negara dengan ritual pencarian pesawat MH370 di KLIA dengan menggunakan tikar, bubu, dan dua biji buah kelapa.

Peralatan terbabit hanya menjadi bahan jenaka sehingga mengakibatkan negara mendapat kritikan hebat daripada media antarabangsa  termasuk dalam paparan berita Al Arabiya yang mendakwa rakyat Malaysia menggunakan sihir sebagai usaha menyelesaikan misi kehilangan kapal terbang.

Tidak cukup dengan itu, Ibrahim turut bertikam lidah dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sehingga ingin menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya.

Namun ,sehingga hari ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab membawa Ibrahim ke KLIA sehingga menimbulkan kontroversi yang disifatkan memalukan negara.

Categories
NASIONAL

NGO dibidas berdiam diri saat kalimah Allah disalah guna bomoh 1Malaysia

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 MAC: Badan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian dibidas kerana mendiamkan diri apabila ia digunakan dalam satu ritual perbomohan yang kononnya mencari pesawat MH370 yang hilang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata ritual yang dianggap sebagai perbuatan syirik itu harus ditolak kerana mendatangkan kesan lebih buruk kerana digunakan atas nama dan imej Islam.

“Bila kalimah Allah ini dianggap milik Melayu Islam, maka kalau orang Melayu atau Islam salah guna tak apa. Inilah masalah sikap yang tidak kena pada tempatnya yang seharusnya NGO seperti PERKASA, ISMA dan sebagainya lebih prihatin kerana ia digunakan atas nama Islam.

khalid samad white pc 011“Kalau Kristian guna kalimah Allah, mereka gunakan dalam konteks agama dia. Tak jadi masalah besar kepada kita, tetapi ini kononnya dilakukan atas nama ajaran Islam. Ini yang merosakkan imej dan akidah umat Islam itu sendiri.

“Seharusnya PERKASA dan NGO yang seumpamanya lebih prihatin terhadap masalah itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, umat Islam di negara ini harus bijak memelihara imej agama Islam supaya pihak lain boleh menerima dan memahami ajaran Islam sebenar.

Laporan media sebelum ini menyatakan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar dengan kehadiran bomoh yang digelar ‘bomoh 1 Malaysia’ dengan melakukan ritual seperti menaiki tikar terbang dan menggunakan teropong buluh untuk mengesan pesawat MAS yang hilang.

‘Usaha’ kumpulan bomoh terbabit selain dijadikan bahan jenaka di media sosial turut menyebabkan imej negara dan rakyat Malaysia dimalukan masyarakat antarabangsa.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Solat hajat di KLIA diambil keterangan, ritual bomoh tidak ditahan

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 MAC: Tindakan polis yang mengambil keterangan daripada Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim kerana meneruskan Solat Hajat dan bacaan Yasin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencetus polemik di ruang maya khususnya laman sosial Facebook.

Ia timbul kerana beberapa hari sebelumnya, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Md Zin, 80, yang melakukan ritual di KLIA tidak diambil tindakan sama.

Perbuatan bomoh itu ditegur sebagai khurafat dan salah di sisi agama oleh Mufti dan beberapa pakar agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

3b51a04b48524bc5147dc57568e43b19Pengguna laman sosial mula berkongsi gambar terbabit dan memberikan komen negatif terhadap penguatkuasa yang tidak mengambil keterangan terhadap ritual yang diadakan di lokasi sama.

Bagi Gary Shah ALam, dia berpendapat pihak berkuasa Malaysia membiarkan perkara khurafat dilakukan tetapi solat hajat beramai-ramai diambil keterangan.

“Kesian jugalah, kita buat sesuatu untuk kebaikan masih di soal jawab bukan dengan tuhan,tapi dengan sesama makluk,semua dugaan dari tuhan, kearah kebaikan agak susah..tapi bila arah kerosakkan, memang mudah,” kata Nonoi Atie.

Manakala, bagi Pas Cawangan Simpang Lima, berkata perkara terbabit berlaku hasil didikan pemerintahan yang tidak mengamalkan cara Islam.

1925236_10153904392670594_502287806_n“Inilah dia didikan dari pemerintahan yang tidak mengamalkam cara Islam. Islam itu indah jika diamalkan. tetapi tidak bagi kerajaan BN. mengapa? mengapa mereka rela menolak Islam dan memartabatkan perkara yg bodoh untuk perjuangan dan sandaran mereka?,” katanya melalui ruangan komen facebook Pas Cawangan Lima.

Difahamkan, pada mulanya, Solat Hajat dan diimamkan Datuk Ismail Kamus yang diadakan anjuran Dewan Pemuda Selangor itu tidak dibenarkan pihak KLIA.

Namun, diteruskan juga disebabkan kehadiran orang ramai untuk bersama mendoakan keselamatan penumpang MH370 sehingga memenuhi kawasan luar KLIA menyebabkan ia diteruskan.

Bagaimanapun, Selangor Kini tidak dapat menghubungi Ismail dan Syarhan untuk mendapatkan sebarang komen, namun, melalui laman sosial itu, Syarhan berkata, beliau tidak mahu memperbesar dan mempolitikkan isu terbabit.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL

Bomoh 1Malaysia : Negara Arab sindir Malaysia, guna sihir cari MH370

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Ritual ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Md Zin atau kini lebih dikenali sebagai bomoh 1Malaysia terus menjejaskan imej negara di mata dunia apabila media Arab menyifatkan penggunaan sihir dilakukan dalam mencari pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.

Laman blog Isu Panaz memaparkan laporan alarabiya.net dengan tajuk utamanya ‘Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang hilang’.

Alarabiya.net turut memuat turun gambar Ibarahim, 80, bersama dua yang lain sedang melakukan ritual dengan memegang dua biji kepala muda tanpa diketahui tujuan sebenar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 12 Mac lalu.

Selain itu, terdapat beberapa pelajar Malaysia di Mesir yang menyatakan mereka dimalukan ekoran perbuatan tidak berakidah bomoh 1Malaysia itu.

arab“Baik kuliyyah, talaqqi dan di Masjid Azhar orang tertawakan kami bila cerita pasal Sihir MH370. Mereka gelar kami, Sihrun Thoirun.

“Tadi…ke Tahrir nak cop VISA. Bila dia minta passport, dia ketawakan budak Malaysia. Dia kata kami pandai sihir dan jampi,” katanya.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam laman Facebook beliau juga menegaskan bahawa perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan kumpulan bomoh terbabit memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini.

Tindakan bomoh berkenaan yang menjalankan dua kali ritual KLIA turut dipertikaikan pelbagai pihak kerana melanggar akidah yang membawa kepada syirik dan khurafat.

Lebih menyedihkan, kegagalan pengurusan KLIA untuk menghalang bomoh berkenaan yang turut memakai lencana ‘1Malaysia’ selepas aksi pertamanya menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh di lokasi sama, pada 11 Mac lalu.

zawawiSementara itu, pakar motivasi dan agama, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dalam laman Facebooknya turut memaparkan laporan media arab berkenaan yang dilihat memalukan Malaysia.

“Memang memalukan negara..akhbar arab muka depan..tulis tajuk besar..negara malaysia menggunakan sihir sebagai langkah terakhir..mencari flight yang hilang…malu2.

“Malukan sebahagian iman..tak malu takda imanla..,” katanya.

Categories
NASIONAL

Anwar desak dedah dalang ‘bomoh 1Malaysia’

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak penyiasatan segera dilakukan ke atas dalang yang menjemput ‘Raja Bomoh’ melakukan ritual dalam misi menjejak MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.

Anwar menegaskan, bomoh itu menjalankan ritual dengan mendapat kebenaran yang membolehkan mereka menjalankan upacara berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ada kata mungkin salah Anwar yang hantar bomoh. Tetapi, sebenarnya siapa bagi kuasa, mana JAKIM, mana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri?

“Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu. Sudahlah syirik, khurafat, dibayar dan dipanggil pula sidang media antarabangsa.

1613837_10203372767745700_571940795_n“Tidakkah nampak bodohnya kita? Tidak malukah kita?,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut mendapat ratusan e-mel daripada luar negara yang bertanya apa yang terjadi dengan Malaysia hingga menggunakan khidmat bomoh.

“Saya jawab, kami tidak tahu baik awak tanya Perdana Menteri atau isterinya.
“Tapi soal bomoh ini, saya nak gesa perlu ada siasatan penuh kerana ia satu kejadian yang merosak dan memalukan negara.

“Saya nak tanya siapa luluskan, bayar, bagi kebenaran dan semua sepenuhnya kerana ini insiden yang mencemarkan imej negara, tetapi lencana 1Malaysia itu terpampang bomoh 1Malaysia,” katanya.