Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Inisiatif Peduli Rakyat diperluas kepada kelompok terjejas Covid-19

KLANG, 9 OKT: Program Inisiatif Peduli Rakyat diperluas kepada kelompok tertentu yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan kepada kelompok berkenaan dimasukkan selepas program itu dijenama semula dalam pembentangan Belanjawan 2022.

“Penjenamaan Inisiatif Peduli Rakyat merupakan penekanan Kerajaan Negeri melibatkan kesejahteraan sosial rakyat.

“Sebenarnya kita hendak lakukan pertengahan tahun ini tetapi pandemik Covid-19. Kita akan isytihar dalam belanjawan nanti tentang penjenamaan dan kandungan baharu,”katanya.

Beliau bercakap pada sesi taklimat Belanjawan Selangor 2022 membabitkan pimpinan komuniti Selangor di Hotel Wyndham di sini hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri juga bercadang memperuntuk antara RM50 hingga RM80 juta untuk program baharu dalam bentuk pemberian tunai.

“Program berjalan dari awal tahun sehingga Julai dan beri manfaat serta kebaikan kepada masyarakat.

“Selain itu program libatkan golongan muda juga diadakan seperti pekerjaan, seni kebudayaan, peluang perniagaan dan pembelajaran,”katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kaji impak IPR, Selangor tekad basmi kemiskinan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 MEI: Jawatankuasa Pilihan Khas Basmi Kemiskinan mengadakan rundingan meja bulat bersama Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) Selangor untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

Pengerusinya, Saari Sungib berkata, perbincangan itu seacara khusus menilai impak Program Inisatif Peduli Rakyat (IPR) dalam membasmi 30 peratus rakyat Selangor yang berada dalam kelompok miskin.

Katanya, Kerajaan Negeri meletakkan paras kemiskinan seisi rumah pada kadar RM1,500 sebulan iaitu 30 peratus berbanding Kerajaan Pusat yang meletakkan kadar kemiskinan RM741 sebulan.

Saari Sungib“Kita sedang menilai dan memantau keberkesanan program IPRĀ agar ia dapat membantu mengurangkan kadar 30 peratus kemiskinan di Selangor.

“Kita panggil semua pihak terlibat berbincang dan menyentuh isu kemiskinan serta menilai bagaimana program mereka efektif dalam mengatasi isu ini,” katanya.

Saari yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu KelangĀ berkata demikian kepada Selangor Kini selepas Pendengaran Tertutup Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai isi kandungan pendengaran itu, Saari berkata, ia tidak dapat didedahkan ketika ini kerana rumusan perbincangan perlu dibentangkan dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) terlebih dahulu.

Namun Saari berkata, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan setiap perancangan itu berupaya membantu mengurangkan tahap kemiskinan di Selangor.

Setakat ini, hampir 38 inisiatif diwujudkan di bawah 17 program IPR dan Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan jalan memastikan kekayaan negeri itu dapat diagihkan dengan lebih menyeluruh.

Sejak 2008, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM1.9 bilion bagi membiayai pelbagai program kebajikannya untuk rakyat.