Categories
NASIONAL

Selepas 7 jam di luar pagar besi, penyokong DSAI dibenar masuk

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 29 OKT: Selepas hampir tujuh jam berada di luar pagar besi yang dipasang Perbadanan Putrajaya, akhirnya penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan masuk untuk berteduh di bawah khemah oleh polis.

Kata sepakat itu dicapai selepas perbincangan antara polis dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha dan Ketua Serikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aisyah Shaik Ismail.

IMG_4370Namun, polis masih lagi berkawal di bahagian khemah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum itu, situasi sedikit tegang termasuk lontaran telur ke arah polis membabitkan penyokong PKR di luar pagar perkarangan Kompleks Istana Kehakiman.

Kedua-dua pihak saling bertegang leher hingga mengakibatkan petugas media terkena balingan telur yang dilontarkan dari sebelah tepi.

Difahamkan. kejadian itu berlaku disebabkan keinginan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berteduh di bawah khemah memandangkan cuaca mula redup dan dikhuatiri hujan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Perbadanan Putrajaya kompaun 10 gerai luar Istana Kehakiman

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 28 OKT: Perbadanan Putrajaya mengeluarkan notis kompaun kepada peniaga di tepi Kompleks Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

IMG_4356Difahamkan hampir 10 buah gerai menerima notis berkenaan dengan jumlah kompaun RM300.

Mereka diminta membayar kompaun berkenaan hari ini dan hanya dibenarkan berniaga sehingga jam 4.00 petang.

Seorang peniaga yang ditemui Selangor Kini melahirkan kekesalan di atas tindakan berkenaan.

-NFN-