Categories
EXCO SELANGOR

ADN digesa guna peruntukan tahunan baiki jeti

SHAH ALAM, 17 JULAI: Ahli Dewan Negeri diminta menggunakan peruntukan tahunan untuk menaik taraf jeti nelayan di kawasan masing-masing, kata EXCO industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat EXCO pada 14 Jun lalu sementara menunggu bantuan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

“ADN perlu membantu pemilik jeti dengan menyalurkan peruntukan atau sumbangan kewangan bagi peringkat awal pembinaan atau kerja pembaikan dan ia menjadi tanggungjawab mereka memastikan jeti dalam keadaan selamat serta selesa digunakan terutamanya kepada nelayan,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Izham berkata Kerajaan Negeri bercadang menyelaraskan reka bentuk jeti nelayan pada masa depan.

“Namun cadangan ini memakan sedikit masa kerana kita perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak terutama nelayan yang mungkin ada pandangan sendiri bentuk jeti yang sesuai dibina,” katanya.

Categories
SELANGOR

MB: Kemudahan gerai jualan bantu nelayan tingkat ekonomi

OLEH: HAFIZAN TAIB

TANJUNG SEPAT, 17 JAN: Kemudahan gerai jualan turut disedia di kawasan pembangunan jeti baru di sini demi memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan khususnya nelayan di situ.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kemudahan terbabit dibangunkan menerusi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) supaya nelayan boleh menjalankan aktiviti pemasaran hasil tangkapan dengan lebih efektif.

Azmin MB“Ia juga membabitkan pembangunan gerai jualan yang mampu diusahakan rakyat di sini.

“Kerajaan Negeri memberi sokongan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membinanya bagi warga nelayan memasarkan hasil tangkapan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan majlis perasmian pembinaan semula jeti nelayan Tanjung Sepat di sini, hari ini.

Katanya, pembinaan jeti baru itu menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi rakyat di situ khususnya nelayan di persisiran Tanjung Sepat.

“Saya dimaklumkan dengan pembinaan jeti baru ini ia dapat menampung kapasiti lebih kurang 60 bot nelayan di kawasan ini.

“Perubahan ini menyediakan kemudahan ke laut dan proses pendaratan ikan,” katanya.

Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM3.1 juta bagi pembinaan jeti baru di situ yang dijangka siap pada Januari tahun hadapan.

EZY

Categories
SELANGOR

Jeti baru Tanjung Sepat rancakkan ekonomi nelayan

Oleh: HAFIZAN TAIB

TANJUNG SEPAT, 17 JAN: Peminaan jeti baru di sini bakal merancakkan aktiviti tempatan dan membawa manfaat dari segi ekonomi kepada masyarakat tempatan terutama nelayan.

Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata langkah diambil Kerajaan Negeri bersesuaian dengan kehendak semasa di kawasan itu kerana penduduk memerlukan jeti baru selepas jeti sedia ada runtuh.

Azmin MB“Bila dibina jeti baharu ia amenjadi pemangkin ekonomi setempat dan masyarakat akan menikmati impaknya,” katanya kepada SelangorKini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, merasmikan projek pembinaan semula jeti nelayan Tanjung Sepat di sini, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan bersama Kerajaan Negeri bagi pembinaan semua jeti terbabit dibuat selepas kata persetujuan dicapai dengan persatuan nelayan tempatan.

Katanya, pembinaannya juga mengakhiri masalah jeti yang berlarutan di kawasan itu lebih 20 tahun.

“Wakil rakyat sebelum ini tidak mengambil peduli dan tidak membuat cadangan kepada Kerajaan Negeri.

“Alhamdulillah hari ini adalah detik bersejarah bagi Tanjung Sepat kerana mendapat jeti baru dan terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY