Categories
BERITA UTAMA EXCO PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Selangor peruntuk RM2 juta bantu keluarga B40 India sambut Deepavali

SHAH ALAM, 4 NOV: Hampir RM2 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat India berpendapatan rendah (B40) menyediakan persiapan sambutan Deepavali.

EXCO kebajikan masyarakat berkata bantuan menerusi baucar Jom Shopping Raya itu membolehkan penerima mendapatkan barang keperluan di pasar raya tertentu.

“Disebabkan pandemik kita tidak boleh anjur rumah terbuka. Jadi kita juga agihkan 3,500 bakul makanan bernilai RM55 setiap satu kepada penduduk memerlukan.

“Ini juga sebagai inisiatif meringankan beban mereka ketika keadaan ekonomi baru mula pulih. Agihan dibuat melalui ketua komuniti,” kata V Ganabatirau.

Beliau ditemui di majlis rumah terbuka Deepavali anjurannya di Kota Permai Golf & Country Club Kota Kemuning hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhammad, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dan Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim turut menghadiri majlis.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat mengikut komponen utama kaum dan perayaan masing-masing.

Categories
SELANGOR

505 warga Permatang terima baucar Jom Shopping Raya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 MEI: Seramai 505 masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima bantuan kupon Jom Shopping Raya, pada 26 Mei lalu.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, penerima yang layak diberikan insentif kewangan RM100 sebagai persediaan menyambut Aidilfitri, tidak lama lagi.

“Seperti tahun sebelumnya, inisiatif ini diteruskan bagi meraikan 505 penerima manfaat Baucar Jom Shopping Raya dari Kerajaan Selangor bernilai RM100 setiap seorang,” katanya.

Majlis penyerahan kupon diadakan di Pasaraya Giant, Pasir Penambang yang turut dihadiri JKK Kampung, penduduk setempat dan sekretariat Pusat Khidmat DUN Permatang.

Terdahulu, inisiatif Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan mensasarkan golongan berpendapatan rendah, di bawah RM1,500.

Program berkenaan adalah inisiatif jangka panjang Kerajaan Negeri memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat seluruh negeri.

Penyerahan bantuan berkenaan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor, mengikut perayaan masing-masing.

Categories
SELANGOR

RM2.9 juta biaya Jom Shopping Raya 2015

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 JUL: Selangor memperuntukkan RM2.9 juta bagi membiayai program tahunan Jom Shopping Raya di semua 56 DUN tahun ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata pemberian dalam bentuk baucer membeli-belah RM100 itu memberi peluang kepada keluarga kurang berkemampuan merasai keseronokan hari raya.

V-GanabatirauKatanya, program itu juga menunjukkan ketelusan Kerajaan Selangor menjayakan agenda Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli.

“Sebelum ini, pemberian dilakukan dalam bentuk hamper tetapi kini kita berikan dalam bentuk baucer membeli-belah.

“Walaupun jumlah RM100 tidak seberapa berbanding kos sara hidup hari ini, namun kita harap ia sedikit sebanyak membantu mengukir kelegaan dan senyuman buat penerima,” katanya kepada Selangor Kini.

Program Jom Shopping Raya mula dilaksanakan pada tahun 2013 membabitkan tiga perayaan iaitu Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

JOM SHOPPING (ASRI)Untuk 2013, sebanyak RM2.8 juta dibelanjakan bagi Jom Shopping Raya, manakala 2014 pula membabitkan RM2.5juta.

Pemberian hanya diberikan kepada keluarga berpendapatan RM1,500 dan ke bawah membabitkan hanya seorang sahaja dalam keluarga yang layak.

-NFN-