Categories
GLOBAL

20 maut bom kereta meletup di Nangarhar

KABUL 17 JUN: Sekurang-kurangnya 20 tetamu di majlis perhimpunan pasukan bersenjata Afghanistan dan puak Taliban maut apabila sebutir bom kereta meletup di timur Nangarhar.

Puluhan anggota Taliban yang tidak bersenjata memasuki ibu negara Afghanistan dan beberapa bandar utama lain semalam, bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Namun begitu di beberapa wilayah lain, tembakan mortar, letupan bom dan senjata lain masih dilakukan pemberontak.

Jurucakap gabenor Nangarhar, Attaulah Khogyani mengesahkan bahawa letupan di jalan utama Tokham – Jalalabad dalam pekan Ghazi Aminullah Khan itu disebabkan oleh bom kereta.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Taliban sebelum ini mengumumkan gencatan senjata mengejut selama tiga hari sempena Aidilfitri yang bermula semalam, kecuali ke atas pasukan asing.

Keputusan berkenaan bertindih dengan gencatan diumumkan kerajaan Afghanistan yang dilaksanakan sehingga Rabu lalu.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Insiden bom Kabul: Rakyat Malaysia tak terjejas

SHAH ALAM, 1 JUN: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan bom kereta oleh pelaku bunuh diri yang menyebabkan ramai terkorban dan cedera, di Kabul, pagi semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, kementerian berkata, ia akan memantau situasi melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India, lapor BERNAMA.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan amat sedih dengan tindakan keganasan yang sia-sia itu dan berharap pelakunya segera dibawa ke muka pengadilan.

KABUL“Malaysia juga merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Afghanistan dan kepada keluarga yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 80 maut dan 350 lagi cedera dalam letupan bom kereta di daerah diplomatik di ibu negara Afghanistan itu, agensi berita China, Xinhua memetik Menteri Kesihatan Awam Afghanistan sebagai berkata.

Serangan pada 31 Mei itu adalah pengeboman besar-besaran yang kedua, di Kabul, bulan ini.

Pada 3 Mei lalu, lapan orang awam terbunuh dan 27 termasuk tiga askar Amerika Syarikat cedera dalam pengeboman yang dilakukan oleh pelaku bunuh diri.

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Menara Eiffel bergelap lagi tanda solidariti

PARIS, 1 JUN: Lampu di Menara Eiffel yang menjadi simbolik kota Paris dipadamkan, semalam bagi menghormati mangsa serangan bom trak di Kabul.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berkata, menara itu bergelap bermula tengah malam bagi menunjukkan solidariti Paris terhadap Kabul.

“Selepas Baghdad, Kabul menjadi mangsa serangan kejam.

“Solidariti dan simpati kepada mangsa juga orang tersayang,” katanya menerusi Twitter, lapor AFP.

Lampu di menara itu sudah dipadamkan bermula Selasa lalu selepas siri letupan nekad di Baghdad yang mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang ketika Ramadan.

Paris kerap memadamkan lampu di Menara Eiffel bagi menunjukkan solidariti kepada mangsa serangan ganas.

DBIqOHcU0AEekruTerdahulu, letupan bom menggunakan kenderaan menggegar ibu negara Afghanistan di kawasan diplomat dengan sekurang-kurangnya hampir 80 terkorban dan ratusan lagi dilaporkan cedera.

Kawasan dibom itu adalah paling sibuk di negara terbabit dan dikawal rapi pihak keselamatan.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan mencari penyerang yang menggunakan trak dipenuhi bahan letupan dalam serangan ganas terbabit.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.